Sunday, August 7, 2022

Mak Jemah berkumpul...

"Salam bangsa Johor. Know-know sampai..."

Eh, Iffah ada di Johor. Amboi. Short notice! Nak kena ni. Hehehe...

Alhamdulillah, malam tadi Kak Ida sudah siapkan storyboard yang diminta oleh pensyarah. Pagi, tinggal upload di Google Drive. Selepas itu, siapkan schedule post untuk page selama seminggu. Semoga ada rezeki terselit untuk anak-anak. Insya Allah.

Tengahari, Kak Ida masak menu yang ringkas sahaja. Asalkan ada lauk terhidang di atas meja dan perut anak terisi. Ayam goreng kunyit dan sup kosong. 

Kena masak cepat, kerana petang ini ada consultation. Dr mahu review storyboard yang kita buat.

Alhamdulillah, pensyarah diterima tanpa pembetulan. 

Jam 5 petang, Kak Ida sudah mula bersiap-siap sementara Susilawati mengambil Iffah di Pulau Perdana.

Kami bertiga melepak disini.

Sempat selfie sekeping. Hehehe...


Kebetulan orang tiada ketika Kak Ida sampai. Kita rasa seolah-olah, Kak Ida booking satu Richiamo untuk Iffah. Kah! 

Pilihan Kak Ida pastinya Latte dan Croissant Lava Chocolate

Us time

Berborak, berkongsi cerita sambil menikmati kopi. Perfect!

Hampir maghrib kami berpisah. Sempat lagi bergambar kenangan di luar kedai.

Terima kasih sahabat kerana "ada" dalam hidup ini. Semoga persahabatan ini kekal sehingga ke Syurga. Insya Allah.

See you next posting. Tata.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my