Parents Support Group (PSG) 2/2022 untuk bulan Ogos telah berlangsung pagi tadi.
Seramai hampir 20 orang peserta telah menghadirkan diri. Kali ini, kami membuat sedikit perubahan dengan menyusun kerusi secara bulatan bagi memudahkan komunikasi dua hala.
Allahu, terlalu banyak input yang diperolehi sepanjang perkongsian ini. Apakah pro dan con antara hibah dan wasiat. Apakah term dan perkara yang perlu dibuat oleh ibu bapa terutama yang mempunyai anak-anak istimewa.
Perkongsian ini tamat lebih kurang jam 12.00 tengahari. Memang tidak sedar masa berlalu begitu pantas.
Kami akhiri PSG ini dengan serahan cenderahati kepada penceramah dan seterusnya bergambar kenang-kenangan bersama penceramah dan para peserta yang hadir.
Terima kasih #SisterBF yang turut hadir menyokong Kak Ida di sini. Love sangat!
Nampak kurus! Hehehe...
No comments:
Post a Comment