Rewind... hehehe... sebelum kita nak buat tampalan atau cuci gigi, kita perlu membuat temujanji terlebih dahulu ya di http://jknj4.moh.gov.my/qrtca/index.php
Kemudian, nama klinik akan dipaparkan. Pilih klinik yang berhampiran dengan rumah/pejabat kita.
Kak Ida memilih Klinik Pergigian Mahmodiah kerana berdekatan dengan pejabat. Jadi, tidak ambil masa yang lama untuk kembali semula ke pejabat setelah semua urusan di hospital selesai.
Masukkan no kad pengenalan. Jika sudah didaftarkan, nama kita akan terpapar dan jika belum, kita perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum temujanji dapat dibuat.
Ok, kemudian klik nama kita dan terus ke menu "Pilih Tarikh Temujanji".
Klik kategori CUCI/TAMPALAN GIGI.
Ok, sebagai contoh Kak Ida memilih bulan September 2022. Jika bertanda MERAH, ini bermakna slot masa pada tarikh tersebut sudah penuh. Manakala kotak berwarna BIRU, masih ada slot kekosongan yang boleh diisi.
Pilih tarikh dan slot masa yang kita mahu dan nyatakan "Tujuan Anda Hadir ke klinik".
Kak Ida akan mengisi "cuci gigi" diruangan tersebut. Senang. Hehehe...
Klik tempah tarikh dan jangan lupa screenshot.
Sejujurnya, jika kita sudah menempah tarikh dan slot masa tersebut, usahakan untuk hadir kerana ia akan menjejaskan temujanji pesakit seterusnya. Cuba datang awal dan jika ada masalah yang tidak dapat dielakkan, kita boleh padam dan ubah tarikh tersebut.
Selamat menempah! Hehehe
No comments:
Post a Comment