Wednesday, August 10, 2022

Me time di Pejabat Pos Besar Johor Bahru

Me time...

Gigih menapak ke Pejabat Pos Johor Bahru untuk mendapatkan keluaran First Day Cover| Hiasan Kepala Lelaki.

Alhamdulillah, layanan staf Pejabat Pos sangat baik. 

Nah, ada dua denominasi iaitu 70 sen dan 80 sen dengan empat jenis hiasan kepala iaitu tanjak, tempok, siga dan lavung tepo/dok.

Manakala ketapu dijadikan miniature sheet berharga RM 5.00 yang mempunyai spot UV ditengah-tengah hiasan kepala tersebut.

Keluaran kali ini memuaskan hati Kak Ida. 

Oh ya, alang-alang ada keluaran ini, Kak Ida membuat giveaway tiga keping poskad di group Filateli Hobi Teragung. 

Poskad bertemakan The State Crown (The Crown was designed by the laye Sultan Abu Bakar) pada tahun 1866 ini akan dilekatkan dengan setem hiasan kepala dan cop First Day Cover, Johor Bahru bertarikh 10.08.2022. Istimewa untuk para pemenang.

Nantikan pemenang giveaway untuk poskad ini nanti. 

See you next posting! Tata.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my