Wednesday, August 10, 2022

Muzium Warisan Tionghua atau Johor Bahru Chinese Heritage Museum

Alhamdulillah, urusan di Pejabat Pos selesai. Syukur tidak perlu menunggu lama. 

Hari ini hari me time, kaki terus melangkah ke Johor Bahru Chinese Heritage Museum atau Muzium Warisan Tionghua yang terletak di Jalan Ibrahim, Bandar Johor Bahru.

Muzium ini tidak jauh dari Pejabat Pos Besar Johor Bahru. Kita hanya perlu berjalan kaki sejauh 50 meter untuk sampai ke situ.

Tiket masuk untuk dewasa adalah RM 6.00 manakala untuk kanak-kanak RM 4.00. Muzium ini mempunyai tiga tingkat dan dibuka dari hari Selasa sehingga Ahad bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Muzium ini menempatkan pelbagai koleksi pameran yang berkaitan dengan sejarah perkembangan masyarakat Cina di Johor Bahru.

Ada tiga bahasa iaitu Cina, English dan Bahasa Melayu yang ditulis secara ringkas untuk memudahkan kita memahami sejarah disitu.

Di Tingkat 2 menempatkan tanaman lada hitam dan gambir yang merupakan komoditi terpenting Negeri Johor ketika itu.


Teringat kenangan waktu kecil bersama tin susu cap junjung ini. Hehehe...

Manakala di Tingkat 3 pula berkongsi tentang perkembangan sistem kangchu, budaya masyarakat Cina dan perkembangan dalam sejarah awal Johor moden. 

Paling menarik perhatian Kak Ida adalah koleksi First Day Cover dan setem bertemakan Negeri Johor yang ada disitu.

Memang menarik untuk dikunjungi.

Alhamdulillah, memang berbaloi untuk dikunjungi. Jangan lupa kongsikan pengalaman anda diruangan komen ok.

See you next posting. Tata!

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my