Alhamdulillah,
Hari ini dapat menyantuni satu lagi program hujung minggu bersama anak-anak.
Bazar Buku Johor 2022.
Seawal jam 9.00 pagi, kami sudah keluar untuk bersarapan terlebih dahulu di
Anjung Desa, Taman Universiti. Hujan lebat mengiringi perjalanan. Kami memilih
mee hoon soto, ayam goreng, roti canai dan sebekas kuih untuk Aina.
Selepas bersarapan, Kak Ida terus merancang untuk ke Aeon Mall, Tebrau.
Memandangkan hari ini hari Jumaat, memang perlu datang awal untuk balik awal
kerana memudahkan si dia solat Jumaat nanti.
Ketika sampai, orang sudah ramai. Serentak sampai dengan lawatan
pelajar-pelajar di sekitar Johor Bahru. Ini kerana, program ini merupakan
kerjasama dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Johor.
Ya, program Bazar Buku Johor 2022 ini akan berlangsung dari 25-28 Ogos 2022
bertempat di Aeon Mall, Tebrau City.
Masuk sahaja ke ruangan bazar, Kak Ida ternampak buku anekdot penulisan Kak
Ida di rak. #JodohKasih.
Oh ya, jika berminat untuk mendapatkan buku ini, boleh WhatsApp Kak Ida di
talian www.wasap.my/60196558504/JodohKasih
Ruang di bazar ini agak sempit. Jadi, memang boleh berlaga. Nasihat Kak Ida,
jika membawa anak-anak ke sini, digalakkan datang awal.
Ada novel dari Ramlee Awang Murshid (RAM), komik, Majalah Gila-Gila, dan
banyak lagi.
Semua jenis pembayaran diterima sama ada tunai, kad debit/kredit, e-wallet,
MAE dan lain-lain. Jadi, tidak usah risau jika tidak membawa wang tunai ke
sini. Hehehe...
Tepek tandatangan sebagai tanda sokongan Kak Ida hadir ke Bazar Buku Johor
2022 ini.
Sejujurnya, banyak aktiviti yang berlangsung disini. Antaranya dendangan
saksofon dari Sekolah Seni Johor, melukis komik, Petrosains dan juga beramah
mesra bersama penulis.
Manakala aktiviti dari Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Johor adalah
cabutan bertuah dengan pembelian buku setiap RM 30 dalam satu resit.
Oh ya, di luar Bazar Buku Johor ini juga ada mini pameran berkaitan dinasour.
But, don't expect much ok?
Ok guys, sampai sini dulu perkongsian Bazar Buku Johor 2022 kali ini. Kita
jumpa lagi di next posting. Tata
No comments:
Post a Comment