Hari ini mama siapkan sarapan bihun cili padi untuk si dia dan papa.
"Kena makan menu yang berat-berat. Banyak tenaga nak guna." begitulah kata mama.
Selepas bersarapan, kata papa, nak fokus menebas di bahagian atas pula. Sempadan tanah dengan jiran sebelah.
Perghh.. dapat bayangkan pokoknya macam mana di bahagian atas tu. Memang kus semangat.
Kak Ida dan mama pula ke Pasar Kuala Klawang untuk membeli barang dapur sebelum masuk ke dusun.
Lebih kurang jam 11.03 pagi, papa berkongsi gambar hasil "tebasan" dari awal pagi.
Batu sempadan.
"Eh? Kura-kura pa?"
Simpan kenangan ini di dalam blog. Mujur tak "tertebas" sekali. Hallah hallah...
Banyak lagi yang perlu dilakukan. Allahuakbar.
Tengok jam, sudah menjelang tengahari. Mama membuat keputusan untuk masak.
Menu apa hari ini?
Pheww, ayam goreng, sambal petai dan ikan bilis dan sup kepala ikan merah.
Dalam jam 11.30 pagi, si dia dan papa naik ke baruh untuk makan tengahari dan berehat sebentar.
Dalam jam 2.30 petang, si dia ajak ke Pekan Kuala Klawang untuk mencari getah terpakai untuk sesi bakar pokok dan daun kering.
Tetapi, bila tengok keadaan cuaca, nampaknya Jelebu akan hujan beserta ribut petir.
Sudahnya, kami berdua buat keputusan untuk lepak di Apacaba Coffee untuk perbincangan dua hala dan mencipta impian serta merencana masa depan bersama. Ewah!
... dan nah, petang terus masuk ke kebun semula.
Cendawan kukur tumbuh di pokok getah yang reput. Best kalau dapat buat masak lemak cili padi. Hehehe...
Sambil menemani si dia, Kak Ida menulis blog.
Begitulah.
Ok, kita jumpa lagi next posting. Tata!
No comments:
Post a Comment