Wednesday, September 7, 2022

Jalan jalan Jelebu | Masjid Kuala Dulang

Petang ini Kak Ida ke Masjid Kuala Dulang yang terletak di Kampung Peninjau, Jelebu, Negeri Sembilan.

Masjid ini sudah berusia hampir 400 tahun. Masjid ini mendapat namanya apabila selepas masuknya waktu zohor, dulang yang berisi makanan seperti nasi dan gulai cukup untuk dinikmati oleh semua kariah masjid yang datang seusai solat.

Namun, dulang itu ghaib selepas ada seorang jemaah surau yang tidak sengaja merosakkan dulang tersebut.

Kebesaran lain Masjid Kuala Dulang ini ialah, masjid ini tidak ditenggelami air walaupun dua kali banjir besar melanda kawasan tersebut.

Subhanallah. Allahuakbar.

Nampak kan penanda aras itu?

Kita masih boleh melihat kesan lumpur berselut di penanda aras tersebut, tetapi masjid langsung tidak terjejas walaupun ia berada di bawah dari penanda aras tersebut.

Trivia:
1. Masjid ini adalah masjid tertua di Jelebu.

2. Masjid ini dibina tanpa paku.

3. Masjid Kuala Dulang diasaskan oleh Datuk Nika dan Mudim Khatib Raja, pendakwah dari Minangkabau yang menyebarkan agama Islam di Jelebu pada abad ke-16.

4. Masjid ini asalnya sebuah bangsal beratap ijuk (atap nipah) yang menjadi tempat pendakwah berkenaan berteduh.

5. Atap ijuk yang asal ketika mula-mula masjid ini dibangunkan masih kekal hingga sekarang dan kini dijadikan atap mimbar.

6. Tabuh yang berada di perkarangan masjid berkenaan diperbuat daripada kayu hutan dan kulit lembu. Usianya pula dikatakan sama dengan usia masjid yang dibina pada abad ke-16.



No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my