Saturday, September 17, 2022

Our New Journey | Bahagian Kedua

Minggu ini kami menyatuni lagi ke Jelebu. Ingin melihat hasilnya selepas rumput diracun seminggu yang lalu.

Kami bergerak agak lewat iaitu selepas waktu Maghrib kerana si dia masih bekerja. 

Selepas bersarapan, seawal pagi Jumaat si dia dan papa sudah bersiap-siap untuk ke "darat". Ada beberapa keping gambar papa kongsi untuk kenangan.

Yeay, alhamdulillah. Ada kesannya selepas seminggu rumput ini diracun. Allahuakbar.

Sedikit demi sedikit ditarah. Memang mencabar terutama pokok yang agak liat untuk ditebas. Kali ini kalau mengikut perancangan, hendak menebas di bahagian atas pula.

Si dia dan papa berhenti untuk solat Jumaat dan juga menikmati makan tengahari sebelum menyambung semula pada petang nanti.

Namun, dalam jam 2.30 petang, kami dikejutkan dengan pemergian Allahyarhamah Fatimah binti Abd. Karim atau Mak Ngah yang telah meninggal dunia di Bangi. 

Papa dan mama membuat keputusan untuk pulang ke Bangi bagi memberi penghormatan terakhir untuk keluarga Mak Ngah. Syukur semuanya dipermudahkan. Jenazah Mak Ngah selamat dikebumikan di Tapak Perkuburan UPM berdekatan dengan kubur arwah Pak Ngah pada jam 8.30 malam.

Al Fatihah.

Akhirnya, petang Jumaat, si dia buat keputusan untuk berehat dan pergi ke pekan Kuala Klawang untuk membeli racun dan juga treat kami anak beranak sebelum menyambung semula projek pada hari Sabtu. Insya Allah.

Jumpa lagi di next posting. 

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my