Tuesday, September 6, 2022

Beg bertemakan setem dan poskad

Ada rakan sehobi yang berkongsi di group Filateli Hobi Teragung di Mr DIY ada menjual beg bertemakan setem dan poskad. 

Wah! Menarik. Hehehe...

Kak Ida sudah mencarinya di sekitar Skudai, tetapi tidak berjumpa. Akhirnya, Kak Ida terjumpa satu di Mr DIY Jelebu.

Tinggal satu sahaja design bag ini.

Yeayyy...

Bercahaya mata bila berjaya memilikinya satu. Hehehe.

Satu beg ini berharga RM 5.00 dan bersaiz sederhana besar. 

Beg ini memang sesuai sangat untuk letak pelbagai barang filateli Kak Ida seperti poskad, First Day Cover, setem, alat tulis, buku nota dan lain-lain lagi.

Kena dengan tema. Kah!

Ok, itu sahaja yang hendak dikongsi. Jumpa lagi next posting. Tata!



No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my