Wednesday, September 7, 2022

Jalan Jalan Jelebu | Empangan Gepu

"Lepas kita ke Masjid Kuala Dulang, kita pergi Empangan Gepu nak ma? Tak jauh dari sini... Orang kata tempat tu cantik."

Mama bersetuju dengan cadangan Kak Ida.

Ikut waze, 6 minit perjalanan sahaja. Dalam yakin tak yakin, kebetulan terjumpa dengan orang kampung, terus bertanyakan arah ke Empangan Gepu.

Kak Ida perasan "muka hairan" mereka. Tetaplah juga tunjukkan arah ke empangan. 

Nah, patutlah...

Kak Ida sendiri pun terkejut. 

Macam padang jarak padang terkukur selepas banjir berlaku hari tu. 

Air keruh berkeladak yang dahulunya jernih.

Dulu, ramai yang mandi-manda dikawasan tersebut. Sekarang, tempat rehat langsung tidak terjaga dan terurus. Kedai makan disekitar itu pun sudah ditutup.

Allahu. Speechless!

Ambil juga beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan pernah datang ke Empangan Gepu ini. 

Banjir besar telah merubah landskap di Jelebu. 

... pastinya bukan setahun dua untuk kembali seperti asal.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my