Friday, September 23, 2022

Kursus Pengurusan Jenazah Wanita secara praktikal JUPEM Johor

Alhamdulillah, selesai sudah satu tanggungjawab dan amanah menjadi emcee bagi Kursus Pengurusan Jenazah Wanita secara praktikal di Dewan Iskandar Puteri, JUPEM Johor anjuran Biro Agama, PUSPANITA JUPEM Johor.

Seramai 25 orang ahli PUSPANITA telah hadir ke kursus ini. Terima kasih team kerana sentiasa menyokong program kami.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Kak Norazimah Rayian bagi memberkati lagi majlis ilmu.

Kemudian, kata-kata aluan oleh Puan Nur Hayati binti Ayob, Setiausaha PUSPANITA JUPEM Johor mewakili Pengerusi JUPEM Johor yang tidak dapat hadir bersama-sama pada program kali ini.

Seterusnya, kursus ini diambil alih oleh Puan Suhaila binti Mohd Taib, pemandi jenazah dari Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru yang mempunyai pengalaman lima tahun dalam bidang ini.

Pelbagai pendapat, pengalaman dan ilmu telah dikongsi bersama-sama kami.

"Sebagai pemandi jenazah, mulut perlu dijaga bagi menjaga aib jenazah." begitulah pesanan beliau kepada kami.

Antara yang kami belajar ialah bidang kain kafan yang digunakan, cara mengikat tali kafan, mengenali serbuk cendana, kayu barus dan juga akar sintok. 

Kami turut diajar cara memandikan jenazah secara tayammum seperti jenazah Covid atau jenazah yang mempunyai penyakit berjangkit seperti HIV, Tibi dan lain-lain penyakit.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah dan juga mengambil gambar kenang-kenangan bersama beliau.

Alhamdulillah, kita jumpa lagi perkongsian program akan datang. Tata!

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my