Tuesday, November 30, 2021

Sesi terapi terakhir...

Allahu,

Sudah lama tidak jejakkan kaki ke sini semenjak pandemik Covid-19 awal tahun melanda negara kita.

View yang sama. Lengang sahaja.

Hari ini, Kak Ida luangkan masa menyantuni temujanji Aina dan Ammar.

"Yeay, kita pergi school playground."


Alhamdulillah, trafik cukup lancar dari Skudai. Temujanji pada jam 2.30 petang, tetapi jam 2.15 petang Kak Ida sudah sampai ke sini. 

Sementara menanti giliran dipanggil, kita ambil gambar dahulu. 

See, tenang-tenang keadaan sahaja disini. 

"Social distancing!"

"Ok Aina dan Ammar hari ini puan?" ya, inilah soalan wajib setiap kali sesi terapi itu selesai. 

"Ammar sudah boleh menambah nombor. Cuma dia keliru nak buka jari mana yang satu. Aina macam biasa, riuh mulutnya bercerita." 

Tergelak Kak Ida bila mendengar kata-kata Puan Masyitah.

"Ida, tahun depan saya tiada disini lagi ya."

Tersentak bila Puan Masyitah memaklumkan begitu. Tiba-tiba, Kak Ida rasa kehilangan. Ini bermakna, sesi terapi ini adalah yang terakhir.

Bukan sedikit waktu Puan Masyitah bersama Aina dan Ammar. Hampir tujuh tahun. 

"Ammar, Aina... ni teacher bagi hadiah. Nanti Ammar jangan buli teacher baru ok?" 

Allahu... 

"Babai teacher, Aina balik dulu." 

Sampai sahaja pintu keluar dari Hospital Permai,

"Ibu, Aina nak ambil gambar dengan teacher boleh?"

"Allah, boleh... boleh... ibu pun lupa tadi nak ambil gambar..." 

Berlari-lari Aina dan Ammar menuju ke bilik terapi tadi.

Ibu abadikan gambar anak-anak disini. 

Terima kasih Puan Masyitah di atas segala budi baik "menjaga" anak-anak Kak Ida sepanjang menjalani terapi. Kak Ida doakan yang baik-baik sahaja untuk Puan. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my