Saturday, November 27, 2021

Jalan Jalan Cari Makan | Sarcasteak Cafe

Beria-ia hendak makan ke tempat lain, tetapi bila sampai, ramai pula yang sedang beratur.

Kami membuat keputusan untuk makan ke tempat lain.

.... nah akhirnya ke Sarcasteak Cafe (lebih mudah disebut sarcastic) bertempat di Jalan Datin Halimah, Larkin.

Setakat ini, Kak Ida tidak berjumpa lagi review tentang cafe ini di blog.

Walaupun cafe ini di laluan jalan Larkin yang sibuk, tetapi ada parking disediakan. Tidak usah risau. Itu yang membuatkan kami (kerana ada anak kecil) berasa selamat kerana tidak perlu melintas.

Kak Ida tertarik dengan hiasan dalaman yang minimalis. Tingkap yang luas setiap sudut membuatkan kita di dalam cafe tidak terasa "sesak."


Staf yang sangat friendly. Tempat pun bersih. Alhamdulillah, salah satu yang boleh dipuji. 


Brownies (recommended)

Mushroom soup dan roti garlic (recommended).


Chicken chop with black paper.

Chicken chop with mushroom sauce (recommended).

Portion ayamnya sangat sesuai untuk dua orang makan kalau kita membawa anak-anak. Memang tidak boleh habis dimakan.

Lambchop sirloin with mushroom sauce.

Sejujurnya, review Kak Ida, jika sauce black pappernya ditambah sedikit butter lagi, rasanya akan lebih padu. Kalau tidak, rasanya "pedorrr" sahaja. Begitulah.

Ini mengikut selera tekak Kak Ida ya. 

Fries with mayonnaise

Alhamdulillah, tercapai hajat Kak Ida untuk menikmati makan bersama keluarga. Paling penting, harganya yang sangat-sangat berpatutan. 

Suasana pun tidak terlalu crowded. Sesuai untuk keluarga. 

Oh ya, ada juga bilik jika kita berhajat untuk membuat small celebration untuk birthday, anniversary dan lain-lain. Jadi, ia akan lebih privacy dan eksklusif.

Insya Allah, Kak Ida akan review di tempat lain pula selepas ini. Semoga kita berjumpa di lain post. 

Tata 


2 comments:

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my