Cerita apa hari ini?
Alhamdulillah, hari ini Kak Ida diamanahkan untuk menjadi emcee bagi program jabatan untuk kali ketiga bulan ini.
Hari ini JUPEM Johor berbesar hati menerima Lawatan Penanda Aras dari Jemaah Nazir Negeri Johor. Seramai sembilan orang turut hadir diketuai Puan Saniah binti Hassan, Timbalan Ketua Nazir Negeri Johor.
Syukur, Allah permudahkan dan beri kelancaran lisan. Gugup dan gemuruh tetap ada. Hihihi
Teammate. Bab ambil gambar, serahkan pada dia. Insya Allah, beauty face. Kah!
Seusai minum pagi, kita teruskan agenda dengan membuat lawatan ke zon Pulau Aur. Ketika ini, Kak Ida agak mengejar masa kerana komitmen anak.
Seronok sebenarnya bila kita dapat bertukar-tukar idea dan pandangan. Setiap sesuatu itu ada sahaja perkara baru yang Kak Ida dapat belajar. Seronok betul.
Sebelum keluar dari zon, kita ambil dulu gambar sebagai kenang-kenangan. Ketika inilah dalam kepala sarat memikirkan "list to do" yang perlu dibuat hari ini.
Jam 12.30 tengahari, majlis secara rasminya sudah berakhir. Lega hati bila tanggungjawab yang digalas sudah selesai.
Ok, back to reality!
Paling utama, penghantaran manuskrip #BKHJodoh_Kasih perlu dihantar sebelum 12 tengah malam ini (28 November 2021)
Bukan apa, selagi tidak menekan butang "submit", selagi itulah ada sahaja askara yang mahu dicantas!
Besar harapan tidak mahu sehingga mak Sri membunyikan wisel dan meronda membawa rotannya. Hahaha
Ok, jangan lupa dapatkan senaskah buku ini ya. Karya anekdot terbaru hasil penulisan Kak Ida ada di dalam buku ini.
Syukur, malam ini sudah boleh tidur dengan lenanya.
Jumpa kita esok. Tata!
No comments:
Post a Comment