Setelah selesai menghantar barang dagangan ByKamilia di sekitar taman serta mengisi minyak untuk perjalanan ulang alik selama seminggu, si dia bertanya "nak kemana lagi?"
Seperti pucuk dicita, ulam mendatang...
"Jom abang, kita lepak Richiamo Pulai Indah. Rasanya dah opening."
Begitulah kami. Melepak menghabiskan masa berdua. Kali ini kami memilih Richiamo Cawangan Taman Pulai Indah.
Boleh tahan juga umat yang datang ke sini. Mungkin faktor pengiklanan dan juga tempat yang strategik. Jadi, jika kita berfikir kita boleh bersantai berbincang disini, sangatlah tidak sesuai. Ini kerana tempat susunan meja antara satu sama lain cukup dekat antara satu sama lain.
Kali ini, Kak Ida mencuba mushroom soup and garlic bread.
Apa lagi, bergambar kenangan sudah merasmikan bersama Richiamo cawangan Taman Pulai Indah bersama-sama.
Ayuh, siapa yang nak ajak Kak Ida mengopi, boleh bisik ya. Hihihi
Salam sayang,
No comments:
Post a Comment