Alhamdulillah,
Pagi ini juga sebenarnya berlangsung Majlis Raikan Cinta Al Quran.
Khalifah yang sudah berjaya menamatkan bacaan Qiraati diraikan secara sederhana tetapi meriah dalam majlis ini.
Ibu hadiahkan "penunjuk" Al Quran untuk Adilah supaya dia tahu, ibu sentiasa "ada" walaupun ibu tiada di sisi Adilah meraikan kejayaan kecil ini.
Seusai majlis Sekalung Budi tadi, ibu sempatkan diri untuk menonton live dan terima kasih ibu yang sudi berkongsi gambar Adilah. Kurang sedikit rasa ralat hati ibu yang tidak dapat bersama-sama Adilah pagi tadi.
Pulut kuning pun cantik sangat. Terima kasih Kak Cha kerana merealisasikan hajat Kak Ida untuk khalifah.
Terima kasih Teacher Roziah Salim , Teacher Fieqa Zaidi , Teacher Puteri Zam's , Teacher Farah Imann , Teacher Hajar Fatin Mohd Sofian , Teacher Hana dan Teacher Wadihah.
Semoga Al Quran sentiasa di hati khalifah. Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment