Saturday, November 27, 2021

BKH Jodoh bakal dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa 2022

"Allahuakbar, abang. Insya Allah, buku #BKHJodoh_Kasih yang Ida tulis bakal dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa 2022."

Berita gembira itu Kak Ida sampaikan semasa menikmati makan malam yang menginjak ke waktu 10.30 malam. Mak Sri dengan kejutan, berpisah tiada.


"Nanti abang temankan Ida ok."

Apa lagi, berdangdut riang bila mengenangkan kemeriahan majlis Pesta Buku Antarabangsan 2022.

"Allah, harap-harap tidak bertembung la dengan majlis konvokesyen Adilah." terluah juga bila mata membaca tarikh majlis yang tertera di poster.

"Kita tunggu sahaja bila waktunya. Insya Allah." pujuk si dia.

Terima kasih.

Terima kasih.

Terima kasih.

... kerana sentiasa menyokong hasil penulisan Kak Ida. Terharu sangat.

Psst... jangan lupa dapatkan buku #PengatLabuKasihSayang dan #AnugerahLelakiTerindah ya.


No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my