Saturday, July 31, 2021

PdPr Adilah Insyirah | Tentang Kelapa

Semalam giliran Adilah pula membuat semua PdPr untuk 6 Tahun.

Semuanya mengenai "kelapa"

Mujur di rumah ini, memang ada menanam sebiji buah kelapa. 


Pakej kita asah sensori sekali. Memerah kelapa untuk mengeluarkan santan. 



Kemudian, Adilah menikmati isi kelapa muda. 



Alhamdulillah, tahniah Adilah. Kita sambung PdPr minggu ini pula.


 

Kursus Asas Pertolongan Cemas Sekolah Rendah Peringkat Daerah Johor Bahru secara dalam talian tahun 2021

Kursus Asas Pertolongan Cemas Sekolah Rendah Peringkat Daerah Johor Bahru secara dalam talian tahun 2021.


Tarikh: 31 Julai 2021
Masa: 9.30 pagi

PAUTAN YOUTUBE LIVE:

Pautan kuiz hanya dibuka selepas kursus (12.00 tengah hari - 6.00 petang)

Penceramah:
En. Nasrul bin Abdul Ghani, Pen. Pengarah Pusat Kokurikulum JPN Johor

Sijil Penyertaan Peringkat Daerah
E-sijil disediakan untuk para peserta yang mengikuti ceramah dan menjawab kuiz dengan betul (60% dan ke atas). Sijil dihantar ke e-mel peserta.

Hadiah dan Pencapaian: Tempat pertama hingga ke-5

Kategori : Tahun 4 | Tahun 5 | Tahun 6
Pemenang ditentukan berdasarkan markah tertinggi dan masa menjawab terpantas.

Rujuk poster dan lampiran untuk maklumat lanjut.

Promosi terbaru dari Public Gold

Alhamdulillah, promosi terbaru dari Public Gold. 

Promo ini akan berlangsung sehingga 2 Ogos 2021. 

Kali ini, hanya 5 dinar ke atas atau 30 gram dan ke atas yang boleh membuat EPP sebanyak 10 kali.




Bagi mana-mana yang ingin mendapatkan promo atau mula menyimpan emas serendah RM 100 (tanpa komitmen), boleh whatsapp Kak Ida di bawah ya, Kak Ida akan bantu.


Giveaway Aku Dan Kamu

Mujur sempat menyambut panggilan terakhir Giveaway Aku dan Kamu dari As Samsudin.


(Klik pada gambar)

Dengan ucapan istimewa untuk #asaliff

"Semoga kebahagiaan sentiasa memayungi hidup kamu berdua. Walaupun dilanda badai, tetaplah erat memegang tangan supaya kuat menempuh apa yang ada di hadapan."

Quote #15

Assalammualaikum sahabat blogger,

"You have to fight through some bad days to earn the best days of your life."

Friday, July 30, 2021

Quote #14

Assalammualaikum sahabat blogger

"Accept what is, let go of what was, and have faith in what will be."

Thursday, July 29, 2021

Hari Harimau Antarabangsa

Econinja dengan kerjasama Jabatan Perhilitan Johor, World Conservation Society dan Persekutuan Pengakap Malaysia akan mengadakan satu sesi webinar bersempena Hari Harimau Antarabangsa. Isu-isu berkaitan pemuliharaan dan pemeliharaan harimau akan dibincangkan oleh panel-panel istimewa di sesi webinar ini.


Tarikh : 29 Julai 2021, Khamis
Masa : 8.30 malam - 10.00 malam

E-sijil Penyertaan & e-sijil Kuiz disediakan untuk semua. Terhad! Daftar sekarang!

Pendaftaran awal boleh dilakukan dengan klik pautan dibawah ini

Virtual Simultaneous Breastfeeding Event

Register for the Virtual Simultaneous Breastfeeding Event!



As we all may have already known, World Breastfeeding Week is approaching again. Every year it is celebrated internationally in the first week of August. MBfPCA has always collaborated with local breastfeeding advocates to organize activities that will further increase awareness to promote, protect and empower breastfeeding communities. Although we are facing a very challenging and restricted year in fighting the pandemic, it will be no different this year.

We are organizing Virtual Simultaneous Breastfeeding via Zoom Meet! We welcome all mothers to join our humble event to increase awareness and support, engaging breastfeeding mothers with breastfeeding advocates and organizations, and also protect breastfeeding as a means to improve the general health of our community.

Date: 7 August 2021 (Saturday)
Time: 9:00pm
Venue: Zoom Meet
Organized by MBfPCA and MilkyOMom

Who should attend:
Breastfeeding mommies
Mommies that have weaned from breastfeeding are also very welcomed to join

Please note important terms and conditions:
All participants are required to SWITCH ON THEIR CAMERAS during the live event
The use of nursing covers is encouraged
 No such products are allowed on the video screen (Eg: Breast Pumps, feeding bottles, FM, etc.)

Register now:

Please enter the meeting room 15 minutes early (8.45pm) to smoothen the admission approval process.
The zoom meeting link will be provided upon successful registration.

For more information about World Breastfeeding Week, please visit

OOTD Belang

OOTD Belang


1. Upload gambar anda pada 29 Julai dengan pakaian bertemakan harimau atau belang
2. Jangan lupa tag @perhilitanofficial
3. Guna hashtag:

Quote #13

Assalammualaikum sahabat blogger,

"It's okay not to be okay."

Wednesday, July 28, 2021

Selamat berpantang Ammar

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Kami memang memilih Klinik Kamal. Ayahnya mahu klinik dan doktor yang sama untuk Ammar. Anak lelaki tunggal dalam keluarga kecil kami.

Perancangan asal, pagi ini #AmmarSayang hanya perlu buat assessment terlebih dahulu sama ada boleh disunatkan atau tidak.

Kita tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku. Anak yang mempunyai autisme, kita sebagai ibubapa perlu banyak merancang.

Tepat jam 9.40 pagi, Ammar masuk berjumpa dr.

"Dr, Ammar nak sunat!" penuh yakin suara Ammar.

Rasa nak jatuh mulut Kak Ida. Mana tidaknya, mana ada bawa kain pelikat. Preparation mental jauh sekali. Ayahnya pun tiada.

"Betul ke Ammar nak sunat?" tanya Dr Atuk.

"Haah, Ammar nak sunat."

"Ok, jom. Pagi ini pun atuk free."

Ya Allah, berpeluh Kak Ida sekejap. Terus telefon si dia yang berada di pejabat.

"Abang, Ammar dah bersedia nak sunat. Macam mana ni? Abang sempat tak nak datang?" bertalu-talu soalan keluar dari mulut Kak Ida.

"Ya Allah, anak lelaki abang tu. Abang tengah ada kerja urgent pula ni."

Kak Ida pandang Ammar semula.

"Ibu, Ammar nak sunat."

"Kalau abang sempat datanglah ya, Ida boleh ni dengan Ammar, Insya Allah, abang doakan Ammar." putus Kak Ida memberikan jawapan.

"Dr, saya tak bawa apa-apa kain ni. Duit kalau saya bank in boleh?"

"Boleh puan, kain-kain pelikat tak wajib ada. Seluar pun boleh."

Fuh, tergaru-garu kepala Kak Ida. Haih, anak lelaki seorang ini.

Tarik nafas, terus temankan Ammar di bilik sebelah.

Masya Allah, Ammar cukup-cukup tenang. Tiada drama langsung kecuali perasaan ibu yang mula sebak. #HatiTisu

... dah besar anak bujang ibu.

Dr mulakan dengan bacaan doa dan proses bersunat terus dijalankan.


... suasana sangat-sangat tenang. Ammar berselawat sepanjang proses bersunat berlangsung. Ibu mengusap-usap lembut kepala Ammar.




Dalam masa 20 minit semuanya selesai. Allahuakbar.

Akhirnya, si dia sempat sampai bila Kak Ida sedang mahu membayar dan mengambil ubat.

"Abang jumpalah Dr sekejap" sambil Kak Ida usap-usap belakang badan si dia.




Faham perasaan gemuruh si dia. Anak lelaki tunggal katakan.

Ibarat jika isteri bersalin, terlepas untuk temankan di bilik bersalin. Begitulah.

Alhamdulillah, impian si dia untuk Dr Kamal sunatkan anak dia tercapai dan dipermudahkan oleh Allah.

Syukur Ya Allah.

Edited:
1. Kos sunat adalah dua ratus ringgit sahaja.
2. Tiada booking sunat melalui telefon. Perlu datang ke klinik untuk membayar deposit.

Selamat berpantang Ammar!

Tuesday, July 27, 2021

Every Penny Count

Dapat "hadiah" sempena Geran Kesetiaan SSPN berjumlah RM 5.80 untuk akaun setiap orang anak pun hati sudah berbunga-bunga.

Ini pula kita hanya klik di PG Mall secara istiqamah, duit akan dimasukkan dalam c-wallet. Ha, bila dikumpul, lepas juga duit postage.

Rezeki malam ini, Kak Ida dapat 50 sen. Selalunya 20 sen sahaja setiap hari. Bersyukur selalu.


"Ala, 20 sen aje kot?"

Ya betul, tetapi,

Kak Ida percaya dengan ayat "every penny count". Tidak boleh menjadi seringgit jika tidak bermula dengan 10 sen.

Urgent calling

"Aina Insyirah binti Mohammad Syamsul, sila turun ke bawah. Ada kerja sekolah yang perlu disiapkan."

Bergegas si Ammar dan Adilah menyuruh Aina turun ke bawah. Arahan itu sangat jelas dan nyata.





Anak-anak sudah faham, bila ibu panggil nama termasuk nama ayahnya, memang kerja itu perlu disegerakan.

Pendidikan Seni Visual | 27 Julai 2021

Tarikh :27 Julai 2021 (Selasa)
Masa : 10.00 pg -12.00 tengahari



Tajuk : Menggambar dan mewarna guna gabungan media kering dan media basah.

Objektif:

Pada akhir pembelajaran murid dapat:

1. Menggambar ikut arahan pada lembaran.

2. Mewarna gambar menggunakan gabungan media kering.

Aktiviti :

1. Minta murid lihat lembaran yang diberi.

2. Mohon ibu bapa bimbing anak - anak lukis gambar yang sama atas kertas lukisan mengikut langkah demi langkah

3. Sila warnakan gambar yang dilukis menggunakan media kering.

4. Mohon ibu bapa bimbing anak-anak membuat tugasan ini dengan kemas.

5. Berhati-hati menggunakan alatan - jaga kebersihan.

6. Hasil tugasan perlu dikongsikan di sini.

7. Tema kita masih sama.

Selamat mencuba.

Terima kasih.

Quote #12

Assalammualaikum sahabat  blogger,

"The day you plant the seed is not the day you eat the fruit."

Monday, July 26, 2021

Pertandingan Kuiz Kerjaya Peringkat Kebangsaan

Rebut peluang untuk mendapat sijil peringkat kebangsaaan.

Masih dibuka sehingga 10.00 malam ini.

Link mula dibuka.



Sekolah rendah : 3.30 petang
Menengah rendah : 4.30 petang
Menengah atas : 5.30 petang
Link ditutup termasuk link pendaftaran (MyLink) : tepat 10.00 malam ini

Gold Bar Masjid Nabawi dan Aqsa

Akan mula dijual minggu depan. Boleh redeem dari akaun GAP. Alhamdulillah.


Jadi sekarang ini, kita top up dulu akaun GAP. Contoh kalau nak beli 10 keping, kena pastikan ada 11 gram dalam akaun GAP.

1 gram ditinggalkan sebagai baki.

Design ni cuma ada 50,000 keping sahaja untuk setiap design.

Untuk direbut oleh lebih dari 560,000 orang customer.

Perancangan itu mesti dimulakan sekarang.

Nak buka akaun GAP? Bisik tepi ya.

Program Pertukaran Sahabat Pena | Bahagian II

Alhamdulillah,

Tengahari tadi singgah ke Pejabat Pos di belakang rumah.

Aisyah dan Kak Ida menyertai Program Pertukaran Sahabat Pena anjuran Chong Yoke Ming .

Malam tadi, Aisyah sudah menulis surat untuk sahabat penanya di Sarawak. Aisyah turut menghadiahkan beberapa keping koleksi setem yang ada di tangan sebagai cenderahati kenang-kenangan.

"Tulisan itu maruah kita ibu. Kita kena tulis cantik-cantik."

Fuh, sentap!

Ibu baru merancang nak taip gunakan laptop. Sekali si anak berikan "tamparan wanita", membuatkan ibu speechless.

"Baik Aisyah, ibu akan menulis surat dengan tulisan tangan."


Hari ini, si dia tunjukkan Aisyah cara untuk menulis alamat di sampul surat, membeli setem di kaunter dan menampal setem di sampul surat dengan betul. 





Kemudian, surat dimasukkan ke dalam tong merah.


Terima kasih atas peluang yang diberikan. Kita belajar benda baru hari ini.

Sambutan Hari Tanah Negara 2021

Jangan lupa menyertai kuiz sempena Sambutan Hari Tanah Negara 2021!


Pautan Kuiz Hari Tanah Negara 2021 : https://tinyurl.com/anpcx8wn

Quote #11

Assalammualaikum,

"Love is like a beautiful flower which I may not touch, but whose fragrance makes the garden a place of delight just the same"

Helen Keller

Sunday, July 25, 2021

Virtual Run | We RUN to protect BREASTFEEDING

The first-ever virtual run was organized by the Ministry of Health Malaysia (MOH) and Health Campus Universiti Sains Malaysia (USM) via the BookDoc mobile app with the slogan “We RUN to protect BREASTFEEDING”. It is aimed to advocate the public and to show our support and shared responsibility to protect breastfeeding in Malaysia for the healthier future generation.

All are welcome to join! Registration is FREE and is now open.


How to Join?

Step 1: Download BookDoc App via App Store or Google Play Store
Step 2: Register and Sync
Step 3: Challenges > Larian Maya Minggu Penyusuan Susu Ibu Malaysia 2021
Step 4: Click "Join Challenge"

Pendidikan Islam | 25 Julai 2021

Matapelajaran: Pendidikan Islam

Tajuk: Beriman kepada Malaikat

Tarikh: 25 Julai 2021
Masa: 10.00 - 12.00 tengahari

Aktiviti pembelajaran:

1. Murid diminta menonton video pembelajaran dipautan link yang disediakan.

2. Mohon ibu bapa membimbing mengenal nama-nama malaikat.

3. Murid diminta menyiapkan lembaran kerja digital liveworksheets ( https://www.liveworksheets.com/uj854542ks ) dengan bimbingan ibu bapa dan hantar screenshot ke group wasap kelas.


Selamat belajar murid-murid dan terima kasih ibu bapa

PdPr kembali lagi

 Assalammualaikum semua,

PdPr akan bermula esok untuk kumpulan A. Semoga anak-anak semakin bersemangat dalam menempuh 25 hari PdPr.

Saturday, July 24, 2021

Minggu Panitia Sains

Assalammualaikum semua,

Ya Allah, mujur Aisyah sempat mengambil bahagian dalam Minggu Panitia Sains yang dijalankan ada 16-24 Julai 2021.

Sempena minggu sains pada kali ini, sekolah menyediakan pertandingan-pertandingan untuk murid-murid menyertai. 

Kali ini, Aisyah menyertai Saintis Muda dengan membuat eksperimen ringkas dengan merakamkan video dalam masa 1-2 minit sahaja.


Tahniah Aisyah, semoga ada rezeki Aisyah. 

Meneka setem kucing dari negara mana?

 Alhamdulillah, hari ini Kak Ida berkesempatan untuk join dua pertandingan meneka setem kucing tersebut itu dari negara mana.

Memang mencabar. 

Ada yang nak mencuba nasib?




Friday, July 23, 2021

Thursday, July 22, 2021

Selamat Hari Sarawak

Buka facebook, hari ini merupakan Hari Sarawak (Happy Sarawak Day). Negeri yang belum pernah Kak Ida jejakkan kaki lagi.


Untuk sahabat blogger yang berasal dari Sarawak, Kak Ida ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Sarawak. Nah, ada kuiz pendek tentang Sarawak yang mungkin kita tidak tahu. Jadi, kita boleh menambah ilmu pengetahuan tentang Negeri Sarawak yang telah mencapai kemerdekaannya yang telah disambut pada 22 Julai 1963.

Bersempena dengan Hari Sarawak Pusat Internet Komuniti Rumah Benjamin ingin membuat kuiz.syarat-syarat seperti berikut:


2) Dibuka sehingga 5 petang hari ini.

3) Penyertaan adalah terbuka.

4) Hadiah topup prepaid akan diberi.

Link soalan 

Selamat menjawab.

Penulis tamu Legasi Abah

"Darul Fawwaz?"

Subhanallah, nama ini tidak pernah asing di telinga Kak Ida setiap hujung bulan.
Betullah, ada sesuatu itu Allah sudah susun dan rencanakan. Yayasan yang cukup dekat dihati Kak Ida.

𝐏𝐞𝐧𝐮𝐥𝐢𝐬 𝐭𝐚𝐦𝐮 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐬𝐢 𝐀𝐛𝐚𝐡 𝟖 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐫𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚!

Pagi kelmarin kami dari tim Legasi Abah 8 menerima kejutan yang amat manis daripada ketua kami iaitu Ustazah Norhafhizah Suliman .

Alhamdulillah, galei kedua buku antologi Lelaki Anugerah Terindah sudah pun diterima untuk semakan.

Bila sudah terima semakan galei kedua bermaksud semakin dekatlah dengan penerbitan buku antologi ini. Seronoknya! Tidak sabar hendak menanti buku fizikal di tangan.

Ada lagi berita yang amat menyeronokkan. Nak tahu apa?

Ya, rahsia siapakah penulis tamu untuk tim LA 8 kini bukan lagi rahsia. Semuanya sudah terjawab.
Ustazah Muzayyanah Abdullah.


Siapakah dia?

Beliau adalah seorang pendakwah wanita yang tidak asing lagi di bumi Malaysia hatta telah sampai ke peringkat antarabangsa.

Beliau juga merupakan pengasas Darul Fawwaz iaitu sebuah organisasi yang ditubuhkan sebagai pusat pengajian Islam untuk semua.

Beruntungnya kami kerana dapat berkenalan dengan seorang penulis yang
hebat dan membaca kisah hidupnya.

Di dalam antologi ini, beliau menulis kisah yang bertajuk Kerana Keringat Bapak.


Nak baca kisah beliau dan penulis-penulis yang lain? 

Jom tempah buku ini sekarang. Klik saja pautan di bawah.




Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my