Thursday, April 4, 2024

Penggambaran Mega JUPEM Johor

Sejujurnya, perbincangan penggambaran Mega Raya JUPEM Johor berlangsung dalam tempoh kurang dari 24 jam. Pilih lokasi, mesyuarat bersama team, berbincang semula bersama Pengarah dan nah...

Kita realisasikan hari ini. Anjer giler orang kata. Tapi itulah, kalau perbincangan melebihi tempoh 24 jam, mahu kami semua bergambar sehingga ke Pontian. Hehehe...

Lokasi yang dipilih semestinya mudah diakses seperti parking. Lokasi pertama kami adalah di Istana Bukit Serene. 

Kami berkumpul di lokasi dalam jam 8.15 pagi. 





Ada dua spot di sini termasuk di perkarangan bulan bintang. 

Tugas Kak Ida selain menyelia team media adalah "menjaga" masa CS supaya tidak drag kerana jam 10.30 pagi, ada Program Amal Ramadan pula.

Melihat jam di tangan, masih ada berbaki masa. Kak Ida buat keputusan untuk bergambar di Masjid Abu Bakar pula. 





Cukup stunning view di sini. Berlatar belakangkan pemandangan laut dan Singapura.

Kemudian, masing-masing bergerak ke stesen dan pengurusan pula bergerak ke Jata Negeri Johor Bahru yang terletak di hadapan Mahkamah Tinggi.

Tuan Pengarah "jatuh cinta" dengan view disini.

Bergambar kenang-kenangan bersama Tuan Pengarah.


Bersama team media Digital JUPEM Johor. Terima kasih team, korang memang awesome sangat! 

Alhamdulillah, penggambaran Mega JUPEM Johor berakhir disini dalam jam 10.15 pagi.

Masa untuk bersurai.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my