Saturday, April 20, 2024

Jemputan Raya 1445H

Terima kasih atas jemputan.

Malam ini Kak Ida sekeluarga melapangkan masa untuk menziarah rakan keluarga sempena Hari Raya.

Kami bergerak dari rumah selepas maghrib. Alhamdulillah, jalan lancar.

Kami dijamukan dengan hidangan cukup lazat dari air tangan Teacher Gee. Ada nasi tomato, ayam masak merah, acar, buah mangga colek dan kaya pandan untuk Aina.

Sambil makan, kami berbual-bual mengenang kisah. Ya, Kak Ida mengenali Teacher Gee ketika kali pertama Kak Ida mahu menghantar Aina untuk intervensi.

... Dan ukhuwah itu kekal sehingga sekarang. 

Alhamdulillah.

Terima kasih Teacher Roziah Salim sekeluarga. Jangan serik menerima kedatangan kami. 

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my