Setelah perbincangan dan persetujuan bersama dengan bos, kami akhirnya memilih Taman Merdeka untuk penggambaran Zon Pulau Aur. Alasan utama kerana ada beberapa spot yang menarik untuk menyorok jika cuaca pagi itu terlalu panas. Hehehehe...
Sebenarnya, ada dua tiga tempat yang dicadangkan iaitu di Sg. Segget, tangga Kompleks Islam Negeri Johor dan satu lagi di Kak Ida lupa dimana. Hehehe...
Kak Ida sampai ke Taman Merdeka dalam jam 8.45 pagi.
Syukur, cuaca cukup cantik sekali.
Sempat ambil beberapa monumen kenangan disana sementara menanti team media setup tempat mengambil gambar.
Kak Ida memilih kebaya berwarna biru. Ceh, tiba-tiba teringat lagu raya "Sepasang Kurung Biru". Lagu evergreen dan semestinya lagu kegemaran Kak Ida selain lagu Aishah "Pulanglah".
(Drop di komen ya lagu raya kegemaran sahabat blogger Kak Ida).
Ok, seterusnya di bawah adalah "gambar rasmi" Kak Ida. Terima kasih Azrul. Air tangan beliau memang tidak mengecewakan.
Kenangan manis dapat bergambar bersama mereka. Insya Allah, boleh repeat lagi di tempat lain.
Sebelum balik, layan view ok?
Jumpa lagi di next posting. Tata.
No comments:
Post a Comment