Alhamdulillah, kami berbincang hari Jumaat dan bersetuju untuk berkumpul pada hari Ahad.
Memandangkan Kak Ida bekerja, jadi kami bertiga berpakat untuk potluck dan berkumpul di rumah Kak Ida sahaja. Ya, jimatkan masa!
Menu potluck Only Us!
Kak Ida siapkan nasi putih, ayam masak kicap dan telur masin untuk di"gu"kan dengan lauk Kak Haya.
Kak Haya membawa asam pedas ikan dan buah jambu.
Manakala Effa membawa sup petola, sardin, ulam-ulaman dan sambal belacan.
Wah, pasti makan bertambah-tambah. Kak Ida masak 8 pot nasi untuk malam ini. Tidak sabar menanti ketibaan mereka sekeluarga.
Syukur atas ukhuwah ini asbab penyusuan susuibu. Terima kasih Allah.
No comments:
Post a Comment