Tarikh yang sama dengan Nuzul Al Quran dan juga World Quran Hour.
Alhamdulillah, Kak Ida ditugaskan untuk menjadi emcee hari ini.
Program tadarus ini telah bermula pada 13 Mac 2024 dan berakhir pada 24 Mac 2024. Sebanyak lapan (8) kumpulan telah dibahagikan dengan juzuk masing-masing. Syukur, 29 ahli PUSPANITA JUPEM Johor mengambil keberkatan bulan Ramadan yang mulia ini.
Kami kumpulan 5. Not in pic: Kak Azimah.
Majlis ini dimulakan dengan alunan memuji Allah s.w.t iaitu Bacaan Doa Dhuha dan Asmaul Husna dan diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Kak Dah.
Kemudian, diteruskan dengan kata-kata aluan perasmian oleh Puan Uzma selaku Timbalan Setiausaha PUSPANITA JUPEM Johor mewakili Sr Rosli bin Mohammed, Penasihat PUSPANITA JUPEM Johor yang tidak dapat hadir kerana beliau mempunyai urusan kerja.
Seusai kata-kata perasmian, Kak Ida menjemput para pengkhatam Al Quran yang diketuai oleh Kak Saedah ke hadapan pentas bagi memulakan acara.
Alhamdulillah.
Seterusnya, sesi penyampaian cenderahati kepada para tadarus Al Quran oleh Puan Uzma. Paling seronok semestinya ketika berselawat dan bermaafan. Berjurai wooo air mata!
Nah, sesi bergambar kenang-kenangan bersama semua ahli PUSPANITA.
Seronok aih.
Program seperti ini dapat merapatkan silaturrahim dan ukhuwah antara kami.
Kesempatan dalam blog ini, Kak Ida ingin mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang, yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Program Khatam Al Quran bagi tahun ini.
Hanya Allah s.w.t yang dapat membalas sebaik-baik ganjaran.
No comments:
Post a Comment