Eh, sebelum itu... Nak bagitahu. Hari ini sebenarnya cuti umum Hari Keputeraan Sultan Ibrahim.
Daulat Tuanku!
Disebabkan cuti umum, tiada kelas SPACE. Jadi, Kak Ida sudah susunkan aktiviti yang perlu dibuat hari ini.
Rehal Ramadan NAZIM.
Syukur, tiada lagi kekalutan seperti minggu lepas. Tenang-tenang sahaja. Seawal jam 9.00 pagi, Adilah sudah masuk ke Google Meet. Sementara menantikan penganjur mengambil kehadiran peserta, Kak Ida meminta Adilah bersedia membuka Al Quran
"Insya Allah, hari ini dan esok ada kuiz..." pesan pengajur.
Syukur, Adilah mendapat tempat keempat keseluruhan. Not bad kan?
Seusai kelas Adilah, Kak Ida ada "Istimewa Ramadan: Kelas Taddabur Al Quran" anjuran Wanita IKRAM Negeri Johor.
Tajuk sempena bulan Ramadan ini adalah menyentuh tentang "Ayat-ayat yang berkaitan tentang "Dunia Yang Sementara".
Kelas ini diadakan pada Minggu 1, 2 dan 3 Ramadan dan dibimbing oleh Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad.
Alhamdulillah, hari ini Kak Ida dapat 5 ayat yang menyentuh tentang "Dunia Yang Sementara".
Selepas itu, Kak Ida berhenti rehat sebelum fokus pada aktiviti seterusnya anjuran Econinja yang akan berlangsung pada jam 12.00 tengahari.
Sejenis kegigihan Kak Ida refresh Page sebelum admin menyatakan, kuiz sempena Earth Hour 2024 akan ditangguhkan sehingga jam 3.00 petang.
Lega melihat pengumuman itu. Kak Ida santai-santai sahaja.
Sejujurnya, di Page ini banyak berkongsi tentang kelestarian alam. Banyak betul ilmu yang dikongsi disini.
Nah, akhirnya Kak Ida dan anak-anak berjaya menyiapkan semua kuiz pada jam 2.30 petang.
Terima kasih Econinja.my atas peluang yang diberikan.
Hujung minggu yang bermakna.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment