Saturday, March 16, 2024

Bengkel Nota Digital Cantik, Edisi Nota Tadabbur

Belajar apa bulan Februari?
Gituw ayatnya.

Alhamdulillah, sebenarnya misi untuk Tahun 2024 ini (dan diizinkan oleh Allah s.w.t) Kak Ida merancang misi untuk belajar kemahiran atau benda baru setiap bulan.

Ini adalah satu cara untuk Kak Ida "diversion" dari rutin setiap hari.

Ya, kadang-kala Ida terasa "bosan" melalui perkara yang sama. Pergi kerja, balik kerja, belajar separuh masa, NGO dan lain-lain, sometimes ada "something missing".

Jadi...,

Pada bulan Februari, Kak Ida sudah belajar bag decoupage.

Kisahnya ada DISINI.

Manakala untuk bulan Mac, Kak Ida memilih untuk belajar Bengkel Nota Digital Cantik, Edisi Nota Tadabbur, Batch ke-14. 

Sejujurnya, sudah lama Kak Ida "mengidam" ke kelas ini.

Setiap kali tarikh kelas diumumkan oleh Puan Nadia Bakar, setiap kali itulah bertindih dengan jadual yang telah disantuni terlebih dahulu. 

"Insya Allah, kelas terakhir akan dibuka pada Mac sebelum bulan Ramadan nanti..."

Syukur, tindakan pertama adalah "kosongkan" jadual. 

Kebetulan, kelas SPACE pun belum bermula lagi. Doklah setiap hari "mengintai" status Puan Nadia Bakar kalau kelas Mac sudah dibuka.

dan akhirnya, penantian berakhir...

Tengok pada tarikh, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Walaupun ada program GIAT pada hari tersebut, tetapi Kak Ida batalkan hasrat kerana perancangan awal adalah untuk ke bengkel ini. 

Nah, 

Hari ini Allah s.w.t izinkan. 

Kelas ini bermula dalam tempoh 2 jam melalui atas talian Zoom. Yuran early birds adalah sebanyak RM 40.00. Apa lagi kan... Pasti perlu pantas!

Banyak perkara menarik Kak Ida belajar, antaranya bagaimana untuk memindahkan dan menukarkan huruf bahasa Arab, pemilihan dan saiz font yang sesuai, pemilihan design dan elements yang sesuai, etika penulisan dan lain-lain lagi. 

Ya, Kak Ida hanya gunakan Canva free untuk bermula. Walaupun kita tidak pandai menggunakan apps ini atau tidak kreatif...

Jangan risau,

Insya Allah, satu persatu Puan Nadia akan tunjukkan. Just follow aje. Heheheh...

Nak tengok hasil "air tangan" Kak Ida sepanjang bimbingan 10 hari dalam group Whatsapp?

Tada...

Yeay, alhamdulillah. 

Inilah hasilnya.

Memang ralit dan terapi dalam menyiapkan setiap satu nota tadabbur ini.

Oh ya, jika kita berjaya menyiapkan dua task dalam tempoh tersebut, kita akan perolehi e-cert yang cantik. 

Ale... Ale...

Nah, kalau nak belajar Bengkel Nota Digital Cantik ini, boleh add Puan Nadia Bakar di Facebook ya. Tetapi harap bersabar menanti pengumuman kelas. Hehehe...

Ok guys, nantikan pula apa yang Kak Ida belajar benda baru untuk April nanti pula. Sebenarnya dah on going (bermula awal), nanti-nanti Kak Ida kongsikan. 

See you next posting. Tata.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my