Thursday, June 29, 2023

Selamat Hari Raya Aidiladha 1444H

Alhamdulillah, Alhamdulillah,

Allah izinkan Kak Ida untuk berkorban pada tahun ini. Hasil tabungan RM 80/sebulan selama 10 bulan di Maybank.

Selain Kak Ida, turut menyertai korban kali ini adalah papa dan along. 

Majlis korban akan diadakan jam 9.00 pagi dan kami adalah kumpulan ke-5.

Disini, memang cukup tersusun. Lembu tidak dibiarkan berkeliaran dan menunggu di atas lori. Tahun ini, sebanyak 10 ekor lembu dan 20 ekor kambing dikorbankan.



Bergambar kenang-kenangan sambil menanti giliran.


Hero!


Alhamdulillah, inilah lembu kumpulan 5. 

"Sahaja aku berkorban pada tahun ini kerana Allah s.w.t"

Disunatkan kita melihat lembu ini dikorbankan. Menitis air mata Kak Ida. Ya Allah, terimalah korban hambaMU ini.


Setiap kumpulan mempunyai petugas untuk melapah. Terima kasih abang kerana banyak membantu.

Lembu dibawa dibawah khemah untuk memulakan proses melapah.

Setiap bahagian seperti kepala dan kaki akan ditanda "Kumpulan 5".





Baki daging yang lain seperti kepala dan lebihan daging korban akan dibawa oleh Petugas Khas untuk diserahkan ke bahagian depan untuk proses pembahagian seterusnya.


Kemudian, masa untuk menimbang dan diagihkan untuk tujuh (7) bahagian iaitu organ seperti limpa, hati, ekor, jantung, tulang rusuk dan empat (4) kilo daging pada setiap peserta.

Daging dan tulang itu akan dimasukkan beg yang mempunyai nama peserta dalam kumpulan tersebut.


Manakala kulit lembu akan diserahkan kepada pihak vendor yang menguruskan daging korban ini dan perut pula jika ada ahli yang mahu menguruskan, boleh mengambil bahagian itu dan jika tidak, boleh serahkan kepada vendor untuk diuruskan.


Sudah tiga (3) tahun berturut-turut papa dilantik menjadi ketua kumpulan. Kami cukup bangga kumpulan kami dipilih "kumpulan contoh" oleh petugas. Yeay!

Alhamdulillah, berkat pengalaman yang ada, tidak mengambil masa yang lama. Peserta perlu menyerahkan kupon setelah mengambil bahagian korban untuk makluman ketua kumpulan.

Selesai semuanya. Ok, jom bermula semula untuk tahun hadapan pula. See you next posting. Tata!


No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my