Alhamdulillah,
Kak Ida merupakan salah seorang delegasi JUPEM Johor ke Johor Smart City Forum 2023 (JSCF2023) yang telah berlangsung di Persada Johor bermula pada 12-14 Jun 2023.
Memang meriah dengan kehadiran pengunjung seperti pelajar universiti, pelajar sekolah dan juga orang perseorangan yang berminat untuk hadir bagi mengetahui SMART City di Negeri Johor.
Kak Ida sudah membuah pendaftaran awal dengan link yang diberikan. Alhamdulillah, proses pendaftaran cukup lancar.
Selesai proses pendaftaran, kita masuk ke Dewan Tanjung Puteri.
Kak Ida berpeluang menyinggah beberapa booth disitu seperti Majlis Perancang Bandar, Bandaraya Johor Bahru, Bandaraya Iskandar Puteri, Majlis Perbandaran Kulai, Majlis Perbandaran Segamat, Majlis Perbandaran Pontian, Maxis, Celcom, Sunway, Johor Port dan lain-lain lagi.
Ada juga agensi luar yang mengambil bahagian kali ini seperti Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Bandaraya Shah Alam.
RTS Link dan Perbadanan Awam Johor turut mengambil bahagian.
Terus ada idea untuk program homeschooling nanti. Hehehe...
Memang padat jadual dengan forum-forum dari agensi berkaitan. Paling menarik, adalah pameran yang disediakan cukup interaktif dan menarik.
Alhamdulillah, terima kasih atas peluang yang diberikan. Insya Allah, ada rezeki kita berjumpa lagi di Johor Smart City Forum 2024 nanti.
See you next posting. Tata.
No comments:
Post a Comment