"Kali ini biar anak-anak yang buat sendiri," balas si dia bila Kak Ida menyuarakan hasrat untuk membeli bouquet.
"Tak cantik pun takpe, yang penting pengalaman dan air tangan diorang..." sambung si dia lagi.
Akhirnya, Kak Ida mengalah.
Malam tadi, kami berdua sudah membeli coklat dan barang-barang keperluan yang perlu di Speedmart. Kami memilih coklat kegemaran anak-anak seperti Cadburry Dairy Milk, KitKat dan lain-lain lagi.
Pagi ini selepas bersarapan, bermulalah proses anak-anak membahagikan coklat sama rata. Kalau ada coklat berlebih, memang rezeki untuk ibu. Hehehe... Secara tidak langsung, anak-anak dapat belajar matematik bagi sub topik "bahagi".
Kemudian, si dia gam coklat pada lidi. Bab ini si dia yang handle kerana melibatkan api, tetapi proses menyusun dan mencucuk pada span, anak-anak yang buat supaya boleh membentuk menjadi satu bouquet.
Design dan tulis kad untuk diri sendiri.
Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Hasil bouquet, Ringkas tetapi bermakna. Hehehe. Esok Kak Ida bercadang hendak membeli bunga plastik dan riben untuk hiasan.
Nah, yang penting anak-anak bahagia.
Cuya pernah sekali je buat bouquet coklat..untuk crush... hahahaha...tu pun dgn bantuan kawan..
ReplyDeletekelakar pulak bila ingat balik
Amboi, buat untuk crush. Mesti berbunga-bunga rasa hati. Hehehe...
ReplyDelete