Setinggi-tinggi kesyukuran Kak Ida panjatkan kepada Allah s.w.t di atas kejayaan anak-anak.
Seawal 7.00 pagi Kak Ida sudah bergerak menuju ke destinasi. Tetapi, kami singgah dulu bersarapan bagi mengalas perut di Bandar Baru Uda. Sudah lama tidak menikmati mee wantan sup disitu.
Dalam 7.30 pagi, kami gerak ke sekolah bagi menyantuni Mesyuarat Agung SK(P)BT kali ke-50 bertempat di Dewan Ibu Zain. Sedar tidak sedar, sekolah ini sudah mencecah Jubli Emas iaitu genap 100 tahun penubuhannya.
Alhamdulillah.
Sebelum ke Dewan Ibu Zain, Kak Ida ambil kesempatan untuk mengambil gambar kenang-kenangan anak bersama bouquet yang dibuat semalam di mercu I Love SKPBT.
Orang belum ramai lagi kan? Hehehe...
Oh ya, kita perlu mendaftar kehadiran mesyuarat terlebih dahulu di kantin. Ada sarapan pagi disediakan.
Tepat jam 8.13 pagi, mesyuarat Agung telah dimulakan. Bermula dengan pengesahan minit mesyuarat, penyata kewangan yang berakhir bagi Tahun 2022 dan seterusnya perlantikan Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2023/2024.
Ya, Terlantik juga. Terima kasih di atas amanah dan kepercayaan yang diberikan. Semoga Allah berikan kemudahan dalam melaksanakan tanggungjawab ini. Insya Allah.
Seterusnya, majlis penyampaian Anugerah Cemerlang dengan Adab Terpuji dimulakan.
Seribu satu rasa bila mendengar nama anak-anak dipanggil oleh emcee. Bangga dan bahagia bila mereka mencapai kecemerlangan seiring dengan adab yang terpuji.
Adilah with her friends.
Terima kasih guru-guru yang tidak jemu-jemu mendidik anak-anak menjadi insan yang berjaya.
Doa ibu sentiasa mengiringi perjalanan anak-anak.
... dan ya, fly higher kids. More to go!
No comments:
Post a Comment