Friday, June 2, 2023

Pengalaman Staycation di Trinidad Suites Puteri Harbour

Assalammualaikum dan salam bloggers!

Alhamdulillah, berakhir sudah staycation 2 hari 1 malam di Trinidad Suites Puteri Harbour.


Kenapa ke sini? 

Satu untuk escape diri, reward diri dan paling penting DEKAT! Tidak mahu menghabiskan masa di atas jalan bersesak bagai lebih-lebih lagi sekarang sedang cuti sekolah.

Kami bawa satu luggage and go

Kak Ida check in lebih kurang jam 4.30 petang. Tidak perlu menunggu lama dan layanan staf mesra dan sedia membantu Kak Ida sekeluarga.

Kak Ida memilih bilik studio dengan harga RM 181.83 termasuk tax dan sarapan pagi untuk dua orang! Murah kan? Ya... bagi Kak Ida, ianya sangat berbaloi!

Bilik studio ini lengkap dengan peti ais, toaster, microwave dan lain-lain. 

Aktiviti petang kami, seperti biasa... membawa anak-anak mandi di infinity pool dengan view berlatarbelakangkan kapal layar. 

Cantik kan? Rasa tenang sangat bila dapat melihat view seperti ini.

Alhamdulillah.

Anak-anak mandi sehingga jam menunjukkan 6.30 petang. Balik ke bilik untuk bersiap-siap makan malam pula.

Pada asalnya, perancangan kami hendak makan di Mana Cafe yang terletak dibawah hotel sahaja. Akhirnya membuat keputusan untuk makan di BEN bagi menikmati secawan kopi disana. Kah! Alasan sangat... hehehe...

Hari ke-2.

Kak Ida bersama si dia menikmati sarapan pagi di Kembali Kitchen. Cafe ini dibuka dari jam 7.00 pagi - 10.30 pagi.

Menu yang disediakan semua sedap-sedap dan menyelerakan weh. Ada nasi lemak, mee goreng, soto ayam, baked and beans, sambal ayam, pastri, cereals untuk anak-anak, kuih-muih dan buah-buahan. 

Kak Ida belum boleh move on dengan scrambled eggs disini lagi-lagi bila dimakan panas-panas. Hehehe... 

Kami menghabiskan masa berkualiti berdua. Alhamdulillah.

Selesai bersarapan, Kak Ida memilih untuk mengambil beberapa keping gambar di atss rooftop.

Gambar berlatarbelakangkan bangunan Kerajaan Negeri Johor. Cantik kan?

Seusai itu, terus ke bilik. Anak-anak sudah merengek untuk mandi di kolam. Nah, layankan sahaja permintaan mereka.

Kali ini, si dia yang temankan sementara Kak Ida berehat di bilik menyiapkan tugasan. Selesai semuanya, baru Kak Ida ke kolam untuk melihat anak-anak.

Cuaca cantik sekali. Alhamdulillah.

Lebih kurang jam 10.30 pagi, Kak Ida sudah mengajak anak-anak untuk balik ke bilik untuk bersiap sebelum check-out.

Pasti lapar kan, mujur si dia beli marshmallow di BEN semalam. Si dia kapitkan marshmallow dua keping biskut kering dan panaskan di dalam microwave.

Nah! Berselera anak-anak menikmatinya. 

Ok kids, sudah jam 11.30 pagi, masa untuk pulang ke rumah manis. 

Sebelum balik, Kak Ida sempat ambil beberpaa keping gambar di perkarangan lobi hotel untuk kenang-kenangan.

Terima kasih Trinidad Suites Puteri Harbour. Semoga ada rezeki, Kak Ida "kembali" ke sini semula. Insya Allah.


No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my