Friday, June 30, 2023

Minecraft at Sunway Pyramid

Ternampak satu posting tentang program ini di Facebook. Seperti biasa, Kak Ida akan scroll dulu Waze untuk memastikan tempat yang dituju jauh ke tidak dari rumah mama.

Alhamdulillah, setelah melihat tempoh perjalanan hanya memakan masa 32 minit, 

Yeay,

... ke Sunway Pyramid la kita petang ini selepas mendapat persetujuan si dia.

"Ada apa di Sunway Pyramid?"

"Minecraft. Anak-anak mesti suka bang..."

Pergh, apa lagi. Terus si dia bertanya pada anak-anak,

"Siapa main Minecraft?" 

"Saya!" - Aina

"Saya!" - Ammar

"Ok, jom! Ibu nak bawa tengok Minecraft."

Alhamdulillah, parking disini dipermudahkan walaupun orang agak ramai kerana cuti sempena Hari Raya Aidiladha.

Kami terus menuju ke L2, Ground Floor. Memang anak-anak excited bila dari jauh sudah ternampak belon Minecraft tergantung.


Bergambar di pintu masuk exibition.

Kak Ida melihat ada ibu yang scan di tempat aktiviti. Mujurlah mulut ini ringan bertanya. Rupa-rupanya kita perlu scan satu apps untuk melayakkan kita redeem bila dapat menghabiskan aktiviti yang ada disitu.

Satu telefon untuk dua orang peserta, memang Kak Ida tidak lepaskan peluang untuk install dan register apps yang berkenaan.


Ada empat (4) aktiviti menarik yang disediakan. Antaranya Steve's Crafting Station, Stick and Build, Nerf Weapon Range dan Mining Corner.

Ada juga kelas, tetapi parents perlu membuat pendaftaran awal. Semuanya full reserve ok. Fuh!




Steve' Crafting Station




Gambar kegemaran Kak Ida. Ada budak yang membantu Aina memahami coding di laptop itu. Terima kasih. 




Stick and Build ini menyusun lego. 




Serlahkan bakat bergambar di Mining Corner sambil memegang pedang. Aina bab ini memang tidak kalah gaya!





Selesai semua aktiviti, Kak Ida redeem hadiah berupa sticker ini. Ok sangat. Yang penting anak-anak enjoy dan dapat pengalaman yang menyeronokkan ini. 

Sebelum keluar, ada satu lagi permainan bagi mereka yang register satu lagi apps tentang Sunway. 

Yeay, Kak Ida berjaya memperolehi kitchen gadget dari Sunway. Thank you Sunway!

Nah, program ini berlangsung sehingga 2 Julai 2023. Jangan lepaskan peluang!


See you next posting. Tata


Selamat "Hari Kita"

Alhamdulillah,

Hari ini genap 16 tahun usia perkahwinan kami.

"Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertaqwa." (QS Al-Furqan, ayat 74)

Seusai ke program Minecraft, Kak Ida mengajak si dia untuk ke Cafe Sejiwa bagi meraikan "Hari Kita". Sesuai dnegan nama cafe, "Sejiwa".



Anak-anak tidak lepaskan peluang memesan makanan kegemaran. Alhamdulillah.



Selamat Hari Kita abang. 

Thursday, June 29, 2023

Selamat Hari Raya Aidiladha 1444H

Alhamdulillah, Alhamdulillah,

Allah izinkan Kak Ida untuk berkorban pada tahun ini. Hasil tabungan RM 80/sebulan selama 10 bulan di Maybank.

Selain Kak Ida, turut menyertai korban kali ini adalah papa dan along. 

Majlis korban akan diadakan jam 9.00 pagi dan kami adalah kumpulan ke-5.

Disini, memang cukup tersusun. Lembu tidak dibiarkan berkeliaran dan menunggu di atas lori. Tahun ini, sebanyak 10 ekor lembu dan 20 ekor kambing dikorbankan.



Bergambar kenang-kenangan sambil menanti giliran.


Hero!


Alhamdulillah, inilah lembu kumpulan 5. 

"Sahaja aku berkorban pada tahun ini kerana Allah s.w.t"

Disunatkan kita melihat lembu ini dikorbankan. Menitis air mata Kak Ida. Ya Allah, terimalah korban hambaMU ini.


Setiap kumpulan mempunyai petugas untuk melapah. Terima kasih abang kerana banyak membantu.

Lembu dibawa dibawah khemah untuk memulakan proses melapah.

Setiap bahagian seperti kepala dan kaki akan ditanda "Kumpulan 5".





Baki daging yang lain seperti kepala dan lebihan daging korban akan dibawa oleh Petugas Khas untuk diserahkan ke bahagian depan untuk proses pembahagian seterusnya.


Kemudian, masa untuk menimbang dan diagihkan untuk tujuh (7) bahagian iaitu organ seperti limpa, hati, ekor, jantung, tulang rusuk dan empat (4) kilo daging pada setiap peserta.

Daging dan tulang itu akan dimasukkan beg yang mempunyai nama peserta dalam kumpulan tersebut.


Manakala kulit lembu akan diserahkan kepada pihak vendor yang menguruskan daging korban ini dan perut pula jika ada ahli yang mahu menguruskan, boleh mengambil bahagian itu dan jika tidak, boleh serahkan kepada vendor untuk diuruskan.


Sudah tiga (3) tahun berturut-turut papa dilantik menjadi ketua kumpulan. Kami cukup bangga kumpulan kami dipilih "kumpulan contoh" oleh petugas. Yeay!

Alhamdulillah, berkat pengalaman yang ada, tidak mengambil masa yang lama. Peserta perlu menyerahkan kupon setelah mengambil bahagian korban untuk makluman ketua kumpulan.

Selesai semuanya. Ok, jom bermula semula untuk tahun hadapan pula. See you next posting. Tata!


Wednesday, June 28, 2023

Temujanji baru untuk Aina

Ya, belum sampai Kuala Lumpur lagi. Alhamdulillah, mujur mama faham komitmen yang satu ini. 

Gigih menyantuni temujanji untuk Aina. Bukan apa, jika kami bertangguh, tidak pasti lagi tarikh temujanji yang seterusnya akan berlangsung bila. 

Kami sampai awal dari masa yang ditetapkan. Biarlah kami menunggu. Keadaan di sini pun cukup tenang dan orang tidak berapa ramai. Mungkin orang sudah mula bercuti.


Sementara si dia membuat pendaftaran, Kak Ida ke occupational therapy untuk mendapatkan tarikh baru yang terlepas hari itu kerana anak-anak tidak sihat. Akhirnya, Kak Ida dapat berjumpa terapi anak-anak yang menggantikan En Khairul yang telah berpindah ke Sarawak.

Selesai juga urusan yang satu ini.


Nah, memang cukup tenang dan mendamaikan.



Cuaca agak terik disini. Semua urusan berjumpa dengan doktor berjalan lancar. Insya-Allah, akan ada follow up pada bulan hadapan.

Selagi belum discharge, ibu dan ayah akan gagahkan diri untuk menyantuni temujanji anak-anak.

Ok, see you next posting




 

Friday, June 23, 2023

First Day Cover | Banjaran di Malaysia

Yeay, another First Day Cover yang akan dikeluarkan pada 27 Jun 2023 dengan tajuk "Banjaran di Malaysia".

Kali ini, denominasi setem yang dikeluarkan adalah bernilai RM 0.60 dan RM 1.30.

Oh ya, tiada miniature sheet (MS) untuk keluaran kali ini. Kalau ada kan best, MS yang berbentuk Banjaran. 

Pendapat peribadi Kak Ida dalam keluaran kali ini adalah "puas hati". 

Ada tiga banjaran yang dikeluarkan iaitu Banjaran Titiwangsa, Banjaran Crocker di Sabah dan Banjaran Tama Abu di Sarawak.

Terima kasih Pos Malaysia.

Apa tajuk keluaran selepas ini?



Tuesday, June 20, 2023

Perkara sunat yang dilakukan sebelum korban

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Salam blogger!

Ok, hari ini Kak Ida nak berkongsi tentang "Apakah perkara sunat yang dilakukan sebelum korban?"

Tengahari semalam, Kak Ida dapat WhatsApp dari mama mengingatkan tentang perkara ini. Iye, kita perlu saling ingat mengingatkan.


Walaupun ia sunat, ia adalah sunat yang dituntut.

Ok, apa perkara sunat itu?

1. Menambat atau mengikat binatang korban.

2. Memberi makanan kepada haiwan korban sebelum ia disembelih.

3. Memilih haiwan korban yang paling baik, cantik dan sihat.

4. Tidak bercukur, bergunting dan memotong kuku bermula 1 Zulhijjah sehingga kita selesai korban yang akan dilaksanakan.

Alhamdulillah, Alhamdulillah,

Insya Allah, tahun ini Allah rezekikan Kak Ida untuk berkorban. Terima kasih kepada yang berkongsi tips menyimpan RM 80 sebulan/10 bulan.

Psstt, ibadah korban untuk tahun depan, kita sudah boleh bermula menyimpan sekarang.

Jumpa lagi next posting. Tata.

Saturday, June 17, 2023

Mesyuarat Agung SK(P)BT kali ke-50 dan Majlis Anugerah Cemerlang dengan Adab Terpuji

Setinggi-tinggi kesyukuran Kak Ida panjatkan kepada Allah s.w.t di atas kejayaan anak-anak.
Seawal 7.00 pagi Kak Ida sudah bergerak menuju ke destinasi. Tetapi, kami singgah dulu bersarapan bagi mengalas perut di Bandar Baru Uda. Sudah lama tidak menikmati mee wantan sup disitu. 

Dalam 7.30 pagi, kami gerak ke sekolah bagi menyantuni Mesyuarat Agung SK(P)BT kali ke-50 bertempat di Dewan Ibu Zain. Sedar tidak sedar, sekolah ini sudah mencecah Jubli Emas iaitu genap 100 tahun penubuhannya.

Alhamdulillah.

Sebelum ke Dewan Ibu Zain, Kak Ida ambil kesempatan untuk mengambil gambar kenang-kenangan anak bersama bouquet yang dibuat semalam di mercu I Love SKPBT.

Orang belum ramai lagi kan? Hehehe...

Oh ya, kita perlu mendaftar kehadiran mesyuarat terlebih dahulu di kantin. Ada sarapan pagi disediakan. 

Tepat jam 8.13 pagi, mesyuarat Agung telah dimulakan. Bermula dengan pengesahan minit mesyuarat, penyata kewangan yang berakhir bagi Tahun 2022 dan seterusnya perlantikan Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2023/2024.

Ya, Terlantik juga. Terima kasih di atas amanah dan kepercayaan yang diberikan. Semoga Allah berikan kemudahan dalam melaksanakan tanggungjawab ini. Insya Allah.

Seterusnya, majlis penyampaian Anugerah Cemerlang dengan Adab Terpuji dimulakan. 

Seribu satu rasa bila mendengar nama anak-anak dipanggil oleh emcee. Bangga dan bahagia bila mereka mencapai kecemerlangan seiring dengan adab yang terpuji.

Adilah with her friends.

Terima kasih guru-guru yang tidak jemu-jemu mendidik anak-anak menjadi insan yang berjaya. 

Doa ibu sentiasa mengiringi perjalanan anak-anak. 

... dan ya, fly higher kids. More to go!

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my