Monday, October 12, 2020

Selamat bersara Abang Alim

Selepas mengambil Aina di sekolah, Kak Ida bergegas ke Kampung Sg. Melayu untuk menyantuni majlis persaraan Abang Alim disana.

Tidak sampai hati menolak anjakan sahabat untuk sama-sama meraikan. Selepas ini, seorang demi seorang batch dari Abang Alim akan bersara juga.


Patah tumbuh hilang berganti. Tetapi yang hilang, tidak sama dengan yang akan pergi.

Istimewanya di sini adalah menu asam pedasnya. Kali pertama Kak Ida makan Siput Gongong yang merupakan salah satu jenis siput yang boleh dimakan.


Alhamdulillah, walaupun cukup ringkas, ia cukup beerti bagi kami meraikan Majlis Persaraan Abang Alim. 

Semoga Abang Alim sentiasa sihat dan bahagia disamping keluarga tersayang.





 

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my