Tuesday, October 13, 2020

Journal seekor ulat sutera

Pada 13 Oktober 2020 yang lalu, Teacher Roziah Salim telah membeli beberapa ekor ulat sutera. Jika ada ibubapa yang ingin membeli, seekor ulat sutera berharga RM 3.50 satu.


Pertama kali Kak Ida cuba memegang ulat sutera ini. Allahu, geli geleman. Hahaha


Kak Ida membeli empat ekor ulat sutera. Seekor seorang dengan harapan tidak bergaduh. Mujur daun yang dimakan oleh ulat sutera ini senang dapat. Daun mulberi atau daun limau purut.


Buku journal yang perlu diisi oleh anak-anak. 


Sebelum ke sekolah, memang anak-anak perlu memberi makanan. Boleh tahan juga ulat ini makan. 

Beli empat ekor ulat sutera dengan Teacher Roziah Salim , setakat ini yang hidup tinggal dua ekor sahaja. 

Masih menjadi kepompong. Mendidik sikap sabar anak-anak (i.e Kak Ida) menunggu menjadi seekor rama-rama yang cantik.

Ia satu proses.

Proses yang PERLU kita lalui. Tidak boleh kita "skip" proses tersebut.

Hakikatnya, ada sesetengah manusia yang tidak sabar melalui "proses" itu. 

Semua nak cepat.

Cepat mahu naik pangkat.

Cepat mahu kaya.

Cepat mahu sihat.

Sebagai contoh, untuk naik pangkat, kita perlu melalui proses mendapatkan seberapa banyak pengalaman. Bila Allah sudah izinkan kita naik pangkat pada waktu dan masa yang tepat, kita sudah bersedia.

Kita akan menjadi "rama-rama" yang sangat cantik. Insya Allah. 

... hanya dengan ulat sutera, kita dapat belajar banyak perkara, jika kita mengambil ibrahnya.

 

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my