Ramai sangat yang keliru.
Adakah mereka yang menjalani swab test (calitan) sahaja yang perlu di quarantine?
Disini kita kena "tahu dan faham" tahap hubungan bagi setiap kategori.
Buat masa ini, Kak Ida di Lapisan 3,
"Individu yang ada kontak rapat dengan individu dari Kategori B"
Apa prosedur yang perlu diketahui?
Kategori C ini tidak perlu menjalani swab test (calitan) KECUALI, jika Kategori B adalah positif, kami di Kategori C pula yang perlu membuat swab test.
Swab test hanya dibuat jika kita ada kontak rapat atau mempunyai lebih dari dua gejala seperti batuk, sakit dada, atau lain-lain.
Sebab itu, Kak Ida ambil pendekatan "Home Self Surveillance".
Salah satu "tanggungjawab sosial" sementara menunggu keputusan dari Kategori B ini dikeluarkan oleh KKM tidak lama lagi.
1. Berbincanglah dengan pihak pengurusan. Ambil langkah sewajarnya atas nasihat pihak pengurusan.
2. Ambil vitamin C dengan nasihat doktor sebagai prevention. Dalam masa yang sama, pantau tahap kesihatan diri dan keluarga.
3. Tingkatkan kebersihan diri. Alhamdulillah, si dia sudah melakukan sanitasi dirumah.
4. Buat masa ini, menu utama kami adalah sup ayam atau yang direbus sahaja.
5. Duduk dirumah "stay at home" sehingga keputusan Kategori B keluar sama ada negatif atau positif.
Kak Ida masih bekerja seperti biasa. Hanya work station sahaja bertukar dari pejabat ke rumah.
Anak-anak juga tetap bersekolah seperti biasa. Bezanya anak belajar sepenuhnya atas talian.
Ambil tanggungjawab Home Self Surveillance itu.
Jangan nanti dikatakan "kita" pula yang dijadikan punca.
Dapat sesuatu?
No comments:
Post a Comment