Monday, October 26, 2020

Kuiz Alam Sekitar Secara Online

Alhamdulillah, Kak Ida berkesempatan untuk mengambil bahagian dalam Program Kuiz Alam Sekitar secara atas talian anjuran JAS Perak.

Tergodek-godek untuk program Go Green di Zon Pulau Aur, Kak Ida ternampak poster ini di Facebook. 

Program ini dijadualkan pada setiap jam 9.00 pagi pada hari-hari yang telah ditetapkan iaitu pada:-

26 Oktober 2020 (Isnin)
27 Oktober (Selasa)
28 Oktober 2020 (Rabu)
29 Oktober 2020 (Khamis)
2 November 2020 (Isnin)
3 November 2020 (Selasa)
4 November 2020 (Rabu)
5 November 2020 (Khamis)

Program kuiz ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Sebenarnya, Kak Ida terlewat menjawab soalan kuiz ini. Kak Ida bermula 28 Oktober 2020 sehingga tamat pada 5 November 2020.

Tetapi tiada istilah terlewat bukan.

Tahniah kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak kerana berjaya menganjurkan kuiz sebegini.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my