Saturday, October 24, 2020

ADHD Awareness Month

 Lima perkara asas yang ibu boleh "detect" kelainan pada anak. Ini boleh dijadikan sebagai "indicator" sahaja. 

Disclaimer: Pengesahan sama ada anak ada autism, ADHD, Disleksia dan lain-lain, ianya perlu mendapat pengesahan dari doktor perkembangan kanak-kanak.

Bukan mudah ya kita nak "pointed", 

"Anak ini ada autism..."

"Ooo, yang ini ada ADHD..."

Big big NO!

Ini kerana ia melibatkan spektrum. Malah, ia juga penting untuk mengetahui anak kita dalam kategori mild, moderate atau severe.

Ok, ini dia perkara asas yang ibu boleh tengok ya.

Pertama : Eye Contact

Tiada eye contact bila berkomunikasi. Bila kita bercakap dengan anak, anak akan melarikan mata. Tidak mahu memandang tepat bila bercakap.

Dua : Tantrum

Fuh, memang tak boleh bawa bincang bila anak tantrum. Setakat sejam dua "kacang" sangat. Ini yang boleh berlarutan berjam-jam lamanya. 

Sangat mencabar kesabaran!

Macam Aina, tantrumnya akan bermula jam 11 malam sehingga ke jam 6 pagi keesokan harinya. Ia berlarutan selama hampir tiga bulan. Boleh bayangkan keadaan Kak Ida ketika itu? 

Tantrum bukan setakat menangis atau merengek manja ya ibu. Kadang-kala boleh mencederakan diri mereka sendiri. Ada anak akan mula menghentak kepala ke lantai atau dinding. Dalam kes Aina, dia akan mula menggaru-garu sehingga darah keluar tanpa Aina rasa sakit.

Ketiga : Tiada perkataan yang keluar dari mulut.

Sepatutnya, bila anak sudah mula berumur tiga tahun, anak sudah mampu menyambung tiga patah perkataan. Kalau empat tahun, empat patah perkataan.

Pengiraannya sebegini,

Setahun = satu patah perkataan (ibu)

Dua tahun = dua patah perkataan (ibu, susu)

Tiga tahun = tiga patah perkataan (ibu nak susu)

... dan seterusnya. Anak yang normal mampu bertutur dengan baik.

Seperti Aina, dia lebih suka berkomunikasi dengan menggunakan jari untuk berkomunikasi atau mahu mendapatkan apa yang dia mahu.

Keempat : Tidak boleh mengubah rutin

Fuh! Ini sangat mencabar. Cuba perhatikan bila kita cuba mengubah rutin. Adakah anak boleh menerima dengan baik?

Kelima : Perlu memanggil lebih dari tiga kali.

Asalnya, Kak Ida ingatkan Aina ada masalah pendengaran sebab setiap kali Kak Ida memangil Aina, mesti lebih dari tiga kali. Atau, Kak Ida kena "tap" Aina baru Aina faham Kak Ida memanggil dia. 

Seolah-olah Aina berada dalam dunianya sendiri. Gitulah.

Perkongsian seterusnya, Kak Ida akan cuba kongsikan apa yang perlu dibuat ya.

Silakan share semoganya ianya bermanfaat.

Insya Allah.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my