Friday, April 26, 2024

Terima kasih Zon Pulau Aur

It's a day.
Menghitung hari sebelum Kak Ida bertukar ke unit baru.

First of all, terima kasih kepada semua kerana meraikan majlis ini di Glass, Thistle Hotel.

Kami menghabiskan masa menikmati hidangan buffet disini. Bercampur baur perasaan sebenarnya. But, next journey must begin. 

Selepas itu, kami ke ruangan atas untuk berkumpul. Argh sudah, kena pula berucap. Memang Kak Ida tidak buat persediaan untuk teks. Semuanya dari hati. 
 
Ya, rasanya Kak Ida adalah "orang lama" yang terakhir keluar semenjak duduk di cawangan itu dari tahun 2010. 

"Kenang yang baik-baik sahaja." 

Geng sebelah meja Kak Ida. Terima kasih Azrul. Sejujurnya, Kak Ida yang banyak belajar dan masih belajar dengan mereka. 

Dari Zon Pulau Aur

"I was just one part of a great team,"

Terima kasih Seksyen Semakan Kualiti. Ketika Kak Ida "sireh pulang semula ke ganggang" ke Seksyen ini pada tahun 2022, merekalah orang yang bersama-sama Kak Ida.

Seksyen Cawangan Pelarasan Data Geospatial selama tujuh tahun. 

Seksyen Kadaster Pelbagai.

All my office mate.

Kak Ida simpan kenangan disini. It's not easy journey. But yes, those bonding moments we had, thank you for being part of my stepping ground.

30.04.2024 Signing off. 

Monday, April 22, 2024

eSijil Biodiversity Centre di Malaysia dan Brunei

Salam Travelninja! 

Pada hari ini, bersempena dengan Earth Day 2024, Travelninja dan Econinja akan mengeluarkan eSijil Biodiversity Centre di Malaysia dan Brunei. 

Pada siri kali ini, di atas permintaan, kita membuka peluang untuk semua memiliki sijil-sijil ini dengan menjawab beberapa soalan berkaitan bagi destinasi-destinasi yang telah dilawat dan akan dilawat pada masa-masa akan datang. 

Pihak Travelninja mengalakkan kepada semua ahli-ahli melawat dan melaksanakan aktiviti luar, berpandukan kepada matlamat lawatan di samping mempelajari sesuatu ilmu dan maklumat yang berguna kepada diri kita, masyarakat, negara dan dunia.

Jangan lupa! Jam 2.00 petang nanti ya! 

Hari ini, bagi siri Biodiversiti kita senaraikan 5 tempat menarik di Malaysia dan Brunei iaitu:
1. Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre, Sabah
2. National Elephant Sanctuary, Kuala Gandah, Pahang
3. Kuala Lumpur Bird Park, Kuala Lumpur
4. The Habitat, Penang Hill, Pulau Pinang
5. Taman Negara Ulu Temburong, Brunei


Jadual Tentatif Keluaran 2024

Alhamdulillah,

Jadual Tentatif Keluaran 2024 yang terkini telah dikeluarkan oleh Pos Malaysia.


Paling terbaru adalah
- Kenderaan Penyelamat - 30 April 2024
- Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia - China - 31 Mei 2024
- Ulang Tahun ke 100 Tambak Johor - 24 Jun 2024.

Jangan lupa dapatkan setiap keluaran setem 2024 ini ya.

Pssttt... Tertakluk pada pindaan. Hehehe...

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my