"Ibu, ibu... Ammar... Ammar nak ibu masak macam ari tu boleh?"
Masak macam ari tu? Masak apa?, terfikir-fikir pula menu yang mana satu. Huhu...
"Ammar nak ibu masak apa?"
"Yang ibu masak masak kicap tu..."
"Ayam?"
"Bukan..."
"Ikan?"
"Bukan..."
"Tetel?"
"Ha, betul... boleh ibu?"
Allahu, anak bujang ibu risau kalau dia tersalah sebut. Hahaha... mujur itu sahaja jenis-jenis lauk kicap yang pernah masak. Kalau tidak, haru.
Alhamdulillah, mujur stok tetel memang sentiasa ada dirumah. Antara lauk yang universal dirumah ini. Menu Ramadan ke-26,
Cara masak tetel masak kicap.
Daging tetel direbus sehingga empuk.
Ambil sedikit minyak, dan goreng daging tetel tersebut. Tidak perlu terlalu garing sebab sudah direbus.
Masukkan ibu sambal, kicap lemak manis dan sedikit sos tiram. Kacau rata.
Masukkan pula bawang merah, bawang putih, cili padi diketuk dan cili besar.
Angkat dan hiaskan dengan daun bawang. Sedia dihidangkan.
Nasi putih, tetel masak kicap dan air sarsi.
Nah, ibu masak penuh kasih sayang.
No comments:
Post a Comment