Salam Ramadan ke-22,
Hari ini, anak-anak Kak Ida menyantuni Majlis Iftar di Dzul Iman. Jadi, kami tinggal bertiga sahaja.
Kak Ida mengajak si dia dan Aisyah untuk berbuka puasa di luar dan memilih untuk berbuka di Dapo Mokcik Kopi Mokcik yang terletak berhadapan bangunan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).
Seawal jam 6.30 petang kami sudah bergerak ke sana. Oh ya, kereta boleh diparking dibelakang cafe ini.
Hiasan cafe ini minimalis. Memang cukup selesa untuk menikmati secawan kopi.
Harga buffet Ramadan untuk dewasa RM 25.00, kanak-kanak berumur 7-12 tahun RM 15.00 manakala untuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah adalah percuma.
Kak Ida memilih untuk ala carte sahaja. Teringin untuk menikmati kopi bersama si dia selepas berbuka. Hehehe...
Pilihan menu ala carte Kak Ida adalah chicken chop, nasi lemak basmathi bersama daging palembang manakala Kak Ida pula memilih mee kari.
Nah, menyelerakan bukan?
Alhamdulillah, keadaan memang santai-santai sahaja. Sempat ambil gambar sekeping di depan cafe ini sebagai kenang-kenangan
Ok, that's all for today. Jumpa kita di next posting. Tata.
No comments:
Post a Comment