Setiap kali balik dari kerja, anak-anak akan nampak khemah Bazar Ramadan di pasang di Kampung Pasir. Anak-anak memang merengek untuk pergi.
Tetapi itulah, untuk Kak Ida singgah bersama anak-anak, memang tidaklah...
Akhirnya, dalam perjalanan balik dari kelas,
"Abang, jom bawa anak-anak ke Bazar Ramadan nak petang ni? Diorang belum pernah pergi lagi."
"Ida nak pergi Bazar Ramadan mana?"
Kak Ida lebih suka ke Bazar Ramadan di Taman Pulai Indah. Parking mudah dan tidak crowded.
Paling penting, ramai peniaga Kak Ida kenal dan bukan sekadar berniaga di bulan Ramadan sahaja. Memang mereka menjual.
Masing-masing memilih juadah untuk berbuka puasa.
Antaranya, kuih karipap, rojak pesemboq, mee rebus Haji Wahid, murtabak dan lain-lain. Insya Allah, memang rasanya ada dan tidak mengecewakan ketika berbuka nanti.
Kisah Ramadan ke-17, anak-anak membeli kuih, air vanila dan murtabak untuk Aisyah.
Alhamdulillah.
Enjoy kids.
No comments:
Post a Comment