Wednesday, April 5, 2023

Puzzle post box Old Timer

Sekali-sekala, bila Kak Ida buka apps Shopee, selain daripada setem, poskad, First Day Cover atau PCCB, pasti Kak Ida akan search menchardice bertemakan post box, post office atau mail untuk melengkapkan lagi koleksi filateli.

Menchardice ini akan diletakkan di satu sudut filateli di rumah Kak Ida. Antaranya bricks (lego), puzzle, keychain, tabung dan lain-lain lagi.

Terapi betul dibuatnya. Hehehehe...

Ini adalah another collection.

Kali ini puzzle "Old Timer Post Office" di Amerika Syarikat. Memang sengaja memilih 35 pieces berbanding beratus-ratus pieces. 

Risau tahun depan baru siapnya. Kah! Nampak sesuatu disitu. 

Ini pun mujur Aisyah bantu menyusunnya. Kalau tidak, mmm... 

Nah!

Hasil selepas puzzle disusun. Cantik kan?

Insya Allah, posting akan datang Kak Ida akan tunjukkan lain-lain koleksi bertemakan filateli.

Jumpa lagi!



No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my