Wednesday, April 26, 2023

Pengalaman ke Memorial Tuanku Abdul Rahman Putra

Guys, Alang-alang ke Sasana Kijang, jangan lupa singgah melawat Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, Memorial Tunku Hussein Onn dan tokoh-tokoh negarawan yang terletak berhadapan Sasana Kijang.

Masuk adalah PERCUMA.

Sejujurnya, Kak Ida hanya sempat menyinggah dan melawat Memorial Tunku Abdul Rahman sahaja kerana ada tempat lain yang perlu dikunjungi.

Seribu kali sayang, disini adalah tempat larangan untuk mengambil gambar terutama di dalam memorial. Jadi, tidak banyak gambar yang boleh dikongsikan di blog. 

But, worthy terutama jika kita hendak menyelami kisah hidup Bapa Kemerdekaan, Tuanku Abdul Rahman Putra dari kecil sehingga Tuanku meninggal dunia.

Selain itu, kronologi Tuanku Abdul Rahman Putra ke London untuk memerdekakan negara Malaysia. 

Disini juga ada menyimpan baju yang dipakai oleh Tuanku ketika melaungkan Merdeka! sebanyak tujuh (7) kali di Stadium Merdeka. Diselitkan juga pereka baju tersebut.

Bukan mudah usaha untuk memerdekakan Malaysia. Terasa sungguh semangat Tuanku disini.

Ok, jangan lupa tau... Yang sudah atau pernah menyinggah, drop di komen ya.

Ok guys, see you next posting. Tata.


Cop First Day Cover sempena Duit Syiling Kesultanan Melayu | Sasana Kijang

Hi guys.
Well, blog kali ini semua cerita tertunggak. First of all, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog Kak Ida.

Terima kasih sudi singgah dan membaca coretan seorang khalifah ini.

Alhamdulillah, Kak Ida gerak ke bandar halaman pada malam rabu. Sampai ke Kuala Lumpur dalam jam 2.00++ pagi. Jalan cukup lancar. Mungkin ramai yang sudah mengambil kesempatan bercuti lebih awal dan pulang ke kampung.

Mengikut perancangan, Khamis adalah hari terakhir untuk cop First Day Cover sempena Duit Syiling Kesultanan Melayu.

Sejenis kegigihan menyinggah ke Sasana Kijang kerana tidak mahu melepaskan peluang.

View disini memang cantik. Bank kan? Hahaha...

Sebenarnya, ada sudut tentang setem ini yang telah disediakan oleh Bank Negara Malaysia. Tetapi, Kak Ida hanya memfokuskan untuk mengecop sahaja. Memang "terlupa" betul untuk berjalan-jalan di sekitar Sasana Kijang.

Oh ya, jangan lupa kalau ke sini untuk menikmati secawan kopi disana. Pakkan sahaja bulan puasa kan, hehehe... 

Insya Allah, next time Kak Ida ke sini lagi.

Ok guys, jumpa lagi di next posting. Tata.



Monday, April 17, 2023

Resipi daging tetel masak kicap

"Ibu, ibu... Ammar... Ammar nak ibu masak macam ari tu boleh?"

Masak macam ari tu? Masak apa?, terfikir-fikir pula menu yang mana satu. Huhu...

"Ammar nak ibu masak apa?"

"Yang ibu masak masak kicap tu..."

"Ayam?"

"Bukan..."

"Ikan?"

"Bukan..."

"Tetel?"

"Ha, betul... boleh ibu?"

Allahu, anak bujang ibu risau kalau dia tersalah sebut. Hahaha... mujur itu sahaja jenis-jenis lauk kicap yang pernah masak. Kalau tidak, haru.

Alhamdulillah, mujur stok tetel memang sentiasa ada dirumah. Antara lauk yang universal dirumah ini. Menu Ramadan ke-26,

Cara masak tetel masak kicap.
Daging tetel direbus sehingga empuk.

Ambil sedikit minyak, dan goreng daging tetel tersebut. Tidak perlu terlalu garing sebab sudah direbus.

Masukkan ibu sambal, kicap lemak manis dan sedikit sos tiram. Kacau rata.

Masukkan pula bawang merah, bawang putih, cili padi diketuk dan cili besar.

Angkat dan hiaskan dengan daun bawang. Sedia dihidangkan. 

Nasi putih, tetel masak kicap dan air sarsi.

Nah, ibu masak penuh kasih sayang.

Saturday, April 15, 2023

Sesi penggambaran Zon Pulau Aur 1444H

Pre raya Zon Pulau Aur.

Alhamdulillah, 13 April 2023 telah berlangsung program penggambaran raya 1444H. Seawal jam 8.30 pagi, Kak Ida sudah bersiap-siap.

Dekorasi raya oleh adik-adik Kak Ida. Pejabat terus bertukar "warna" dan bertambah ceria serta meriah dengan dekorasi raya. 

Girls only! Hehehe...

Lebih kurang jam 9.00 pagi, kami mula turun ke bawah untuk sesi penggambaran "outdoor" pula. Well, tempat yang sama seperti tahun lepas! Kah...

Macam-macam gelagat, style dan kerenah masing-masing bila bab bergambar.

Tudung kena on point, kaki kena silang sebelah, dan lain-lain lagi. Memang kelakar. 

Gambar solo sebelum menyambung sesi penggambaran di pejabat. Waktu ini, cuaca sudah mula panas.

Tetapi demi sekeping gambar. Bertabah ajelah.

Ok, kita akan sambung sesi ini pada 19 April nanti bersama Tuan Pengarah pula.

Stay tuned!




Berbuka puasa di Dapo Mokcik Kopi Pokcik

Salam Ramadan ke-22,

Hari ini, anak-anak Kak Ida menyantuni Majlis Iftar di Dzul Iman. Jadi, kami tinggal bertiga sahaja.

Kak Ida mengajak si dia dan Aisyah untuk berbuka puasa di luar dan memilih untuk berbuka di Dapo Mokcik Kopi Mokcik yang terletak berhadapan bangunan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP). 

Seawal jam 6.30 petang kami sudah bergerak ke sana. Oh ya, kereta boleh diparking dibelakang cafe ini. 


Hiasan cafe ini minimalis. Memang cukup selesa untuk menikmati secawan kopi.

Harga buffet Ramadan untuk dewasa RM 25.00, kanak-kanak berumur 7-12 tahun RM 15.00 manakala untuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah adalah percuma.

Kak Ida memilih untuk ala carte sahaja. Teringin untuk menikmati kopi bersama si dia selepas berbuka. Hehehe...

Pilihan menu ala carte Kak Ida adalah chicken chop, nasi lemak basmathi bersama daging palembang manakala Kak Ida pula memilih mee kari.

Nah, menyelerakan bukan?

Alhamdulillah, keadaan memang santai-santai sahaja. Sempat ambil gambar sekeping di depan cafe ini sebagai kenang-kenangan 

Ok, that's all for today. Jumpa kita di next posting. Tata.



Thursday, April 13, 2023

Pengalaman ke Bazar Ramadan

Setiap kali balik dari kerja, anak-anak akan nampak khemah Bazar Ramadan di pasang di Kampung Pasir. Anak-anak memang merengek untuk pergi.

Tetapi itulah, untuk Kak Ida singgah bersama anak-anak, memang tidaklah... 

Akhirnya, dalam perjalanan balik dari kelas,

"Abang, jom bawa anak-anak ke Bazar Ramadan nak petang ni? Diorang belum pernah pergi lagi."

"Ida nak pergi Bazar Ramadan mana?"


Kak Ida lebih suka ke Bazar Ramadan di Taman Pulai Indah. Parking mudah dan tidak crowded.

Paling penting, ramai peniaga Kak Ida kenal dan bukan sekadar berniaga di bulan Ramadan sahaja. Memang mereka menjual.


Masing-masing memilih juadah untuk berbuka puasa.


Antaranya, kuih karipap, rojak pesemboq, mee rebus Haji Wahid, murtabak dan lain-lain. Insya Allah, memang rasanya ada dan tidak mengecewakan ketika berbuka nanti.

Kisah Ramadan ke-17, anak-anak membeli kuih, air vanila dan murtabak untuk Aisyah.
Alhamdulillah.


Enjoy kids.



Tuesday, April 11, 2023

First Day Cover | Duit Syiling Kesultanan Melayu

Setelah tertangguh.

Akhirnya, First Day Cover | Duit Syiling Kesultanan Melayu akan dikeluarkan pada 13 April 2023.

Denominasi yang dikeluarkan adalah setem 50 sen dan RM 1.50. Manakala miniature sheet pula berharga RM 5.00.

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan koleksi 2/2023 ini ya.



Oh ya, antara postmark yang dicadangkan adalah Sungei Wang atau jika berkelapangan boleh singgah di Muzium Kijang, Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan cop di First Day Cover.

See you next posting. Tata



Sembo Japanese Street View Japan Building Block

Another collection untuk sudut filateli.

Sembo Japanese Street View Japan Building Block yang mempunyai 360+pcs


Mohon abaikan kedai "Tabacco" tu ya. Hehehe...

Menariknya bricks ini adalah peti pos yang ada di depan kedai ini.

Terima kasih Azrul bantu memasang bricks ini. Appreciate sangat!

Harga bricks ini adalah RM 39.90. Buat masa ini, koleksi yang ada semua mampu milik.

Ok, jumpa lagi di next posting. Tata.



Saturday, April 8, 2023

Salam Nuzul Al Quran 1444H

Salam Nuzul Al-Quran setiap 17 Ramadan.

"Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbebezaan antara yang benar dan yang salah."

Surah Al-Baqarah, ayat 185




Wednesday, April 5, 2023

Puzzle post box Old Timer

Sekali-sekala, bila Kak Ida buka apps Shopee, selain daripada setem, poskad, First Day Cover atau PCCB, pasti Kak Ida akan search menchardice bertemakan post box, post office atau mail untuk melengkapkan lagi koleksi filateli.

Menchardice ini akan diletakkan di satu sudut filateli di rumah Kak Ida. Antaranya bricks (lego), puzzle, keychain, tabung dan lain-lain lagi.

Terapi betul dibuatnya. Hehehehe...

Ini adalah another collection.

Kali ini puzzle "Old Timer Post Office" di Amerika Syarikat. Memang sengaja memilih 35 pieces berbanding beratus-ratus pieces. 

Risau tahun depan baru siapnya. Kah! Nampak sesuatu disitu. 

Ini pun mujur Aisyah bantu menyusunnya. Kalau tidak, mmm... 

Nah!

Hasil selepas puzzle disusun. Cantik kan?

Insya Allah, posting akan datang Kak Ida akan tunjukkan lain-lain koleksi bertemakan filateli.

Jumpa lagi!



Monday, April 3, 2023

Selamat Menyambut Hari Kesedaran Autism

Selamat Menyambut Hari Kesedaran Autism yang disambut pada 2 April setiap tahun.

Kak Ida tujukan kepada ibubapa yang mempunyai anak autistik.

"Autism bukan kekurangan, tetapi perbezaan."



Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my