Sunday, October 9, 2022

Our New Journey | Bahagian Lima

Alhamdulillah, 

Another milestones bila papa berkongsikan gambar bertarikh 08/10/2022.

Gigih mereka balik seusai Majlis Sambutan Maulidur Rasul di surau Al Falah.

Nah, papa berkongsi gambar di WhatsApp.

Ikutkan rasa hati, ingin sahaja "terbang" pulang ke kampung. Tetapi, tidaklah berbaloi jika mengikut rasa hati.

Apabila mengenangkan esok juga kami akan balik ke Selatan kerana di Johor, anak-anak akan mula bersekolah pada hari Isnin. Menempuh kesesakan lagi. Berhuhu dibuatnya.

Bertabahlah wahai hati. 

Semoga ada rezeki cuti panjang hujung bulan ini, kami akan pulang. 

Insya Allah.

Hari ini tidak dapat meneruskan aktiviti memerun kerana hujan lebat di Jelebu.

Seawal pagi hujan lebat membasahi bumi. 

Isnin, 10 Oktober,

Melihat sosok tubuh papa mengerjakan kebun, membuatkan hati ini sayu.

Gigih sungguh papa membantu kami. Terima kasih papa, Insya Allah, cuti Deepavali nanti kami akan balik. 

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my