Sunday, October 30, 2022

Jalan Jalan Muar | Jam Matahari di Masjid Jamek Sultan Ibrahim

Selepas menyelesaikan urusan di Pejabat Tanah Muar, Kak Ida bercadang untuk solat jamak di Masjid Jamek Sultan Ibrahim yang tidak jauh dari situ.


Sebenarnya, Kak Ida mencari peti pos di masjid ini, cuma itulah, "tidak sedap mata memandang" bila peti pos ini berdekatan dengan tong sampah. Berhuhu Kak Ida dibuatnya.

"Ida nak tengok Jam Matahari?" tanya si dia untuk memujuk hati Kak Ida yang kecewa.

"Nak! Kat mana bang?" tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat jam matahari. 

Jam matahari ini terletak di hadapan Masjid Jamek Sultan Ibrahim berdekatan dengan tugu ini.


Apa itu jam matahari? 

Jam matahari adalah satu alat yang menunjukkan waktu berdasarkan kedudukan matahari. Pembuatan jam matahari secara umumnya adalah untuk memanfaatkan bayang yang ada di permukaan rata yang ditandakan dengan jam-jam dalam satu hari.

Selari dengan perubahan pada kedudukan matahari, waktu yang ditunjukkan oleh bayangan tersebut turut berubah. Pada asasnya, jam matahari dapat dibuat dengan menggunakan pelbagai jenis permukaan yang ditimpa bayang yang dapat menentukan kedudukannya. 

Sebahagian besar jam matahari menunjukkan waktu matahari nyata. Dengan perubahan kecil, jam matahari turut dapat mengukur waktu piawai serta waktu musim panas. Jam matahari yang mengukur waktu dengan cahaya matahari digunakan secara meluas pada zaman dahulu. 


Jam matahari ini telah direkabentuk oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Rasa bangga kerana menjadi sebahagian daripada Jabatan ini.



Jika datang ke Masjid Jamek Sultan Ibrahim, jangan lupa lihat jam ini ya. 

Jumpa lagi next posting. Tata.







No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my