Saturday, October 1, 2022

Breakfast treat at Joho

"Ida kat mana?

Tanya acik selepas Kak Ida menekan butang "Answer".

"Ida ada di parking ni acik. Nak breakfast sekali?"

"Jom, breakfast di luar... Ida tunggu kat pintu pagar." pesan acik sebelum kami menamatkan perbualan.

Pada asalnya, cadangan hendak ke Hutan Bandar, tetapi menukar ke Joho Lapo. Pertama kali Kak Ida bersarapan disini.

Memang salah satu port menarik untuk "OOTD". Tidak lepaskan peluang mengambil gambar sebelum kaki melangkah masuk ke cafe.

Memang banyak pilihan makanan untuk bersarapan. Ada nasi lemak, lontong, soto, laksa penang, laksa johor, kuih-muih, dessert dan lain-lain.

Pilihan Kak Ida semestinya coffee latte untuk boost tenaga hari ini. Hehehe...

Untuk menu sarapan, Kak Ida memilih nasi lemak serta di"gu"kan dengan sambal telur puyuh dan paru. 

Sejujurnya, harga disini agak premium. Ini kerana cafe ini berkonsepkan vendorpreneur. Begitulah.

Hiasan cafe minimalis. Memang "sedap mata memandang" kerana tidak terlalu sarat. Sesuai juga untuk santai bersama keluarga atau teman tersayang.

Terima kasih acik dan Musa atas treat sempena birthday Kak Ida. Sayang selalu! 

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my