Sunday, October 30, 2022

Jalan jalan Muar | Muar River Cruise

"Ibu, ibu, Ailah nak naik bot boleh?"

Adilah ternampak bot lalu ketika menunggu si dia menyelesaikan beberapa urusan.

"Nanti Adilah tanya ayah dulu ok?"

... dan si dia bersetuju merealisasikan permintaan Adilah.

Selepas solat, kami terus ke sini untuk membeli tiket. Tersengih-sengih si bongsu.




Tiket dewasa RM 20.00 manakala tiket untuk anak-anak adalah RM 15.00 sahaja. 


"Bot gerak dalam jam 4.00 petang ya."

Tengok jam, oklah tu, tidak perlu menunggu lama. Kak Ida ambil keputusan untuk berehat di ruangan yang disediakan.


Perjalanan menyusuri Sg. Muar mengambil masa 30 minit (katanyalah), tapi itulah, tidak sampai sebenarnya. 









Antara scenerary yang sempat ditangkap ketika menyusuri Sg. Muar.

Paling penting pengalaman untuk anak. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my