Friday, March 11, 2022

Menarik di Muzium Kesenian Islam Malaysia

Salam bloggers,

Perancangan asal, Kak Ida mahu membawa anak-anak ke Taman Rama-rama. Malangnya, pada hari tersebut, taman tersebut ditutup untuk penyelenggaraan.

Mujur ada plan B. Akhirnya, roda kereta digerakkan ke Muzium Kesenian Islam Malaysia yang terletak tidak jauh dari situ. 

Tiket masuk
Dewasa : RM 14.00
Lain-lain : RM 7.00
Kanak-kanak di bawah 6 tahun : PERCUMA


Terdapat 12 galeri yang ada di bangunan Muzium dua tingkat ini. Jadi, sangat berbaloi membawa anak-anak ke sini untuk mendalami kesenian Islam di Malaysia khususnya dan dunia amnya.

Muzium Kesenian Islam Malaysia telah ditubuhkan pada Disember 1998 kerana peningkatan minat terhadap kesenian Islam. Oleh yang demikian, Malaysia menjadi lokasi bagi sebuah muzium kesenian Islam terbesar di Asia Tenggara yang berperanan dalam menjaga, mengumpul, memelihara serta mendidik masyarakat tentang kesenian Islam.

Muzium ini berkeluasan 30,000 meter persegi ini terletak di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur.

Galeri 1:
Galeri Seni Bina

Galeri ini menempatkan model seni bina masjid dan makan dari dunia Islam. Model-model ini dibina dengan berskala terutama binaan yang terkenal seperti Taj Mahal. Ini bagi memperlihatkan keagungan serta kepelbagaian reka bentuk seni bina Islam.








Galeri 2 :
Galeri Al Quran dan Manuskrip.

Galeri ini memperlihatkan perkembangan dan kemunculan pelbagai gaya tulisan Arab yang bermula dari folio terawal Al Quran yang ditulis di atas velum sehingga Al Quran beriluminasi indah yang ditulis oleh penulis khat yang ternama.



Masjid di Melaka.


Masjid di Kampung Laut, Kelantan.



Galeri 3:
Galeri India

Kekayaan warisan benua dari India dapat dilihat di galeri ini melalui lukisan miniatur, kepelbagaian senjata berbilah serta perkakasan perak dari Bihar.


Galeri 4:
Galeri China

Galeri ini menonjolkan kepentingan Islam di China, serta hubungan perdagangan antara Muslim di China dengan kerajaan-kerajaan di dunia Islam yang lain. Empayar Safavid, Qajar dan Uthmaniyya, serta kerajaan kesultanan di Asia Tenggara merupakan antara penggemar hasil kerja tembikar China yang tiada tandingan.


Galeri 5:
Galeri Dunia Melayu

Galeri ini melihatkan pengaruh Islam dalam kesenian Melayu seperti yang terdapat pada tekstil limar, persenjataan seperti keris serta perkakasan rumah dan tumpuan istimewa kepada tradisi perkahwinan Melayu.








Galeri 6: 
Galeri Barang Kemas

Galeri ini memperlihatkan kehalusan dan kemewahan barang kemas dari dunia Islam. 


Galeri 7:
Galeri Tekstil

Galeri ini mempamerkan koleksi cebisan tekstil awal Islam serta kostum dan hiasan yang menggunakan teknik seperti sulaman, tampal hias dan ikat.

Galeri 8:
Galeri Kerja Kayu dan Gaya Hidup

Koleksi kotak kayu, kabinet dan lain-lain hasil seni tukang kayu yang berukir dan bertatah indah dipamerkan di galeri ini. Barangan hiasan yang lain diwujudkan bagi memberi gambaran kepelbagaian gaya hidup di dinasti Islam yang berbeza-beza.


Galeri 9:
Galeri Senjata dan Perisai

Nilai estetika tentang simbol kekuasaan diperlihatkan melalui senjata api dan senjata berbilah yang berhias. Perisai juga memberikan gambaran tentang ekspresi estetika mengenai darjat pahlawan di masa silam.

Galeri 10:
Galeri Mawatang dan Cop Mohor

Galeri ini menyusuri perkembangan duit syiling bermula dari rekaan era kemuncak penulisan kaligrafi awal dinasti Islam sehingga penggunaan mata wang kontemporari yang lebih majmuk.

Galeri 11:
Galeri Kerja Logam

Tradisi penghasilan kerja logam dengan sepuhan emas dan perak yang cukup cantik diperlihatkan di galeri ini. Bakat dan kebolehan teknikal tukang besi dapat dilihat melalui hasil kerja pada loyang dan gangsa.

Galeri 12:
Galeri Seramik

Seni pembuatan tembikar di galeri ini diperlihatkan melalui teknik yang digunapakai seperti Iznik dan barang kilau. Disini juga terdapat seni Islam yang terpilih yang mempengaruhi seramik yang dihasilkan di dunia Eropah.



Jangan lupa singgah ke Muzium Kesenian Islam Malaysia.

"Sejarah dan budaya yang semakin dilupai."



No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my