Salam Avillion, gituw!
Kami bergerak dari Kuala Lumpur selepas Zohor. Tidak mahu mengejar masa kerana check-in kami bermula jam 3.00 petang. Anak-anak sudah mula excited dengan percutian kali ini kerana ada pantai dan kolam renang.
Apa lagi kan? Hehehe
#BFF memilih Avillion untuk percutian kali ini. Setelah tertangguh lebih dua tahun, akhirnya percutian ini dapat direalisasikan dengan izin Allah s.w.t. Alhamdulillah.
Bilik kami terletak di atas air. Disini, sebenarnya, boleh memancing. Jadi, kepada kaki pancing, nah! Sini antara tempat yang boleh dipertimbangkan.
Anak-anak mula mahu bermain kolam. Tidak mahu melengahkan masa, anak-anak bersiap memakai baju mandi.
Kolam mandi ini luas. Ada juga kolam untuk anak-anak yang masih kecil disediakan.
Tidak jauh dari kolam renang, terdapat private beach.
Me time ya Ammar?
Sambil anak-anak duduk di bilik, Kak Ida berOOTD bersama BFF di luar sambil menggayakan topi yang ditempah khas untuk percutian ini.
No comments:
Post a Comment