Monday, March 14, 2022

Menarik di Avillion, Port Dickson | Hari Kedua

Salam bloggers dari Avillion, Port Dickson.

Seperti biasa, pagi ini #JJCM kami ke Roti Canai Asam Pedas. 




Kak Ida berikan empat bintang untuk kedai ini kerana roti canainya yang sedap dan kuah asam pedasnya yang cukup memikat hati. Ada tiga jenis asam pedas yang dijual iaitu telur ikan mayong, ikan siakap dan asam pedas tetel.

Harganya pun sangat berpatutan!

Kemudian, kami mengambil kesempatan untuk singgah di Pantai Port Dickson untuk mengambil gambar kenang-kenangan. Manakala anak-anak pula bermain pasir.




Selepas itu, kami berehat sekejap di bilik menikmati secawan kopi sebelum meneruskan aktiviti tengahari nanti. 


Perancangan tengahari ini, adalah menghantar "Dear MySelf" dari Pejabat Pos Si Rusa, Port Dickson yang tidak jauh dari Avillion. Syukur alhamdulillah, staf sangat baik menyantuni kami yang ingin membeli beberapa keping First Day Cover dan setem yang ada disitu. 


"Dear MySelf"

Kemudian, kami berjalan-jalan sekitar pekan Port Dickson untuk mencari makan tengahari. Ok, akhirnya kami lunch di Rezeky menikmati sup perut bersama nasi putih.



Padu!

Setelah siap makan, kami pulang semula ke hotel untuk masa bersama keluarga pula. Anak-anak merengek untuk mandi di kolam dan berjalan-jalan di pantai. 

Sebelum itu, kita OOTD dulu. Hehehe




Alhamdulillah, cuaca sangat cantik.


Anakku,

"Jangan diperlelarkan timba perigi, kalau tidak putus genting!"



Sesuai untuk briswalk mengambil angin petang. Nature sangat!

Kemuncak percutian #BFF, kami ke Avi Lounge untuk menikmati sunset di Port Dickson. Subhanallah, Allahuakbar. Segala puji-pujian hanya untukMU ya Allah.

Kami ke Avi Lounge, jam 5.00 petang untuk Hi-Tea.






... bersama si dia yang gigih memastikan gambar kami cantik! 


Panorama view



After two years...





Gambar wajib kerana di Penang juga kami mengambil gambar seperti ini.

Alhamdulillah, jam 7.30 malam, kami berehat sebentar sebelum keluar untuk makan malam pula. Memang enjoy sungguh aktiviti hari ini. 

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my